berita

Pertuduhan Memasukkan Dadah Dalam Badan, Mahkamah Benarkan Farid Kamil Diikat Jamin

January 25th, 2018 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Hari ini Datuk Farid Kamil sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan. Beliau dilihat hadir ditemani adiknya iaitu Fadzil Zahari dan Dr Anis Anwar.

Walaubagaimanapun, Datuk Farid Kamil mengaku tidak bersalah atas pendakwaan tersebut. Menerusi live Berita Harian, mahkamah membenarkan Farid Kamil diikat jamin RM3000 dengan syarat pasport diserahkan sehingga kes selesai.

Farid mengaku tidak bersalah

Menurut laporan Harian Metro, Datuk Farid Kamil mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan dadah jenis THC dua minggu lalu. Dia dituduh memasukkan dadah ke dalam badannya di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, 4.30 petang, 11 Januari lalu.

Tambah Harian Metro lagi, Farid Kamil didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Farid Kamil diikat jamin RM3000 dengan syarat

Berita Harian menerusi sesi live melaporkan, pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham. Mengikut pertuduhan Farid Kamil memasukkan dadah ke dalam badannya di Pejabat Narkotik Polis Petaling Jaya pada jam 4.30 petang.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, majistret membenarkan Farid diikat jamin sebanyak RM3000, dengan syarat passport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes perbicaraan selesai. Mahkamah menetapkan 5 Mac depan untuk sebutan semula kes.

Sumber : Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×