berita

‘Perubahan Muka Yang Agak Seram. Bengkak, Kedut & Hitam’

October 14th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Perubahan hormon pada wanita mengandung bukanlah satu perkara pelik. Setiap wanita hamil pasti mengalami pengalaman berbeza-beza sepanjang tempoh 9 bulan tersebut.

Seperti perkongsian wanita ini, wajahnya berubah menjadi bengkak-bengkak, berkedut dan hitam. Badannya juga penuh dengan kesan alergi.

Diuji perubahan muka

Alhamdulillah, setahun mungkin sekejap pada orang lain, pada saya cukup lama, macam-macam ujian yang kita hadap. Syukur kita bertahan sampai ke hari ini. Macam-macam yang jadi. Terima kasih tetap bertahan walau diuji perubahan muka yang agak seram. Bengkak, kedut dan hitam. Badan penuh alergik. Gambar pakai filter hitam hilang. Bengkak tetap ada sampai takut nak mengandung lagi.

Ada yang hina

Ada yang hina ada yang memahami. Mama sampai malu nak jumpa orang. Syukur keadaan semakin pulih, syukur juga dikurniakan cahaya mata yang sangat comel di mata mama hilang semua kesakitan mama. Terima kasih suami yang tak pernah berhenti beri semangat dan aura positif semasa mengandung. Kalau kita dah bertahan sampai ke hari ini, tetaplah kita mempertahankan selamanya. Hadiah on the way. Terima kasih juga sedara mara dan kawan-kawan yang tak malu keluar dengan saya. Terima kasih juga nurse dan doktor KK Merbau Sempak yang banyak bagi semangat.

Lepas bersalin muka penuh bintik hitam

Ketika ditanya keadaan muka selepas bersalin, wanita ini memberitahu bengkak sudah surut namun meninggalkan bintik hitam yang penuh di bahagian muka.

Sumber: Nur Azs

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×