berita

Perut Ditendang Ketika Hamil & Dipaksa Makan Daging Mentah, Lelaki Dera Kekasih Sampai Mati Dipenjara Seumur Hidup

July 21st, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki iaitu Mark Campbell yang disyaki mendera teman wanitanya, Jane Fitzpatrick sehingga mati telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.

Bunuh teman wanita

Mangsa, Jane Fitzpatrick 

Suspek yang berusia 37 tahun telah membunuh mangsa, 48, dengan cara memukul mangsa menggunakan besi (alat pembuka tayar) dalam satu kejadian di Cable Road Glenrothes pada 9 Ogos 2021. Mangsa ditemui tidak bernyawa di tempat duduk kereta yang dinaiki suspek.

Susulan daripada itu, suspek telah ditahan polis bagi membantu siastan. Difahamkan, sejak menjalinkan hubungan dengan suspek pada 2020, mangsa mula mengasingkan diri daripada rakan-rakan dan ahli keluarga. Hal ini kerana, suspek sering mengugut mangsa selain mengawal pergerakannya serta memantau akaun media sosial milik mangsa.

Tendang perut wanita hamil

Suspek, Mark Campbell

Rupa-rupanya, suspek disyaki mendera tiga wanita lain dengan cara menendang perut mangsa yang sedang hamil selain memaksa wanita itu memakan daging mentah dan memasukkan dadah ke dalam mulut mangsa. Tidak cukup dengan itu, ada juga mangsa yang telah dicampak oleh suspek dari tangga.

Suspek didapati bersalah atas 13 pertuduhan termasuk 12 serangan dan kesalahan seksual terhadap wanita di kawasan Fife, antara 2003 dan 2021. Suspek dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan diperintahkan menjalani sekurang-kurangnya 27 tahun penjara sebelum dia boleh memohon parol.

Sumber: News Sky, BBC

SKIP THIS AD ×