berita

Pegawai Kerajaan Korea Utara Ditembak Mati Lari Dari Kuarantin Coronavirus, Guna Tandas Awam

February 14th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Walaupun tiada kes jangkitan coronavirus berlaku di Korea Utara, mereka telah mengambil langkah pencegahan secara drastik. Difahamkan, kerajaan negara itu telah menyekat semua pelancong dari negara luar daripada memasuki negara mereka.

Mereka juga telah mengasingkan sesiapa saja yang baru pulang dari China atau berhubung dengan rakyat China. Ini untuk mengelakkan penyebaran virus secara meluas berlaku.

Ingkar perintah kuarantin, ditembak mati

Foto: thesun.co.uk

Memetik laporan World of Buzz, seorang pegawai yang baru pulang dari China ditembak mati selepas dia melarikan diri dari pusat kuarantin coronavirus. Dia dikatakan telah menggunakan tandas awam dan berisiko menyebarkan virus kepada orang ramai.

Hukuman itu dilakukan selepas pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un memutuskan bahawa negara itu akan melaksanakan undang-undang tentera terhadap sesiapa yang ingkar dengan perintah kuarantin.

Pegawai lain diasingkan ke sebuah ladang

Foto : Avalon.red

Sementara itu, pegawai lain dikatakan telah dihalau dan diasingkan ke sebuah ladang di Korea Utara selepas dia cuba menyembunyikan perjalanannya ke China.

Daily Mail melaporkan penguatkuasaan ini adalah perkara biasa berlaku di Korea Utara walaubagaimanapun kes sukar untuk disahkan. Semalam, dilaporkan Pyongyang telah memanjangkan tempoh tahanan kuarantin kepada 30 hari berbanding tempoh 14 hari yang dicadangkan. Malah, institusi kerajaan dan warga asing yang tinggal di Korea Utara juga perlu mematuhi arahan tersebut.

Difahamkan, Korea Utara juga telah menutup sepenuhnya sempadan dengan negara China. Penerbangan dan laluan darat serta kereta api juga telah disekat selain turut mengharamkan kemasukan pelancong asing.

Sumber : World of Buzz, Daily Mail

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×