Bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mencapai umur 55 tahun, ahli dibenar mengeluarkan kesemua atau sebahagian daripada wang simpanan pada bila-bila masa. Tidak perlu mengisi borang, ahli hanya perlu menurunkan Cap Ibu Jari (CIJ) di atas ‘Notis Pengesahan Permohonan Pengeluaran’ sebagai bukti permohonan dilakukan.
Namun, bagi mereka yang hilang upaya proses ini tentu sekali sukar kerana mereka perlu ke pejabat KWSP. Di Facebook, Nur Sheila Abdullah menceritakan kisah sedih kakaknya yang terpaksa ke pejabat KWSP dalam keadaan terbaring di atas stretcher.
Tak kisah naik ambulans atau stretcher
#throwback
Slogan KWSP : Sedia Membantu Anda
Terfikir sejenak saya, betul ke slogan tu atau sekadar membantu bagi pencarum yang sehat. Kalau yang dah sakit dan bedded sila bantu diri anda sendiri.
Saya dan abg saya ada membuat pertanyaan di kaunter pertanyaan KWSP. Kakak kami seorang pesakit cancer memang bed ridden. Beliau berusia 56 tahun dan ingin mengeluarkan kesemua balance yang ada di akaun 1. Tak banyak pun tak sampai RM 10k. So kami meminta jasa baik pihak pengawai KWSP membuat lawatan ke rumah untuk mendapatkan cop jari secara manual & pengesahan diri pencarum.
Jawapan beliau agak menyedihkan. Beliau kata tidak boleh. Pencarum mesti hadirkan diri jugak di pejabat untuk pengesahan cop jari menggunakan mesin mereka, tak kisahlah nak datang naik ambulance & menggunakan stretcher pun boleh janji datang. Allahuakbar. Kalau kita tengok pun keadaan di pejabat KWSP tu memang tak ada pun disediakan kemudahan seperti ruangan parking ambulance atau ruangan untuk pesakit yang hilang upaya untuk berada di situ. Yang ada hanya untuk OKU (orang kurang upaya) bukan hilang upaya.
Sedih tengok kakak
Yang menyedihkan lagi, ambulance yang kami sewa diarah oleh security mereka ke belakang bangunan dengan alasan taknak mengganggu di depan bangunan berpusing-pusing driver ambulance dan ditanya pulak kami “lama tak”? Macam manalah kami nak jawab. Soalan ni agak “tough”.
Akhir sekali ada lah seorang pegawai yang datang untuk menguruskan bab ambulance & mengarahkan MA untuk tolak stretcher masuk ke kaunter. Allahuakbar. Sedih tengok kakak saya yang memang sudah tidak ada daya upaya mengangkat tangannya tu terus menjadi tontonan orang ramai di situ. Yang menyedihkan saya lagi, salah seorang pegawai kata. Sebenarnya boleh menggunakan cara cop jari manually cuma lambat kenapalah tak inform kami pada mula-mula kami buat pertanyaan. Kami tak kisah pun lambat janji kakak kami tak perlu ke sana.
Soalan saya pada pegawai KWSP yang berada di kaunter, ‘Puan, pihak pengurusan tak aware ke keselamatan pekerja-pekerja di dalam bangunan ni. Puan bayangkan kalau yang datang ni pesakit yang mempunyai penyakit berjangkit. Tidakkah membahayakan anda semua’.
Tolong review balik SOP
Feedback saya tentang perkhidmatan KWSP ialah… Tolonglah “review” balik SOP ( Standard operating procedures) syarikat anda. Kita hidup di negara yang dikategorikan sebagai negara yang agak maju & demokrasi. Ubahlah cara kita berfikir.. Think out of box and please do something on this.
Saya bangga menjadi rakyat Malaysia dan bukan sahaja menjadi negara yang maju tapi pemikiran pun perlu maju kehadapan!
Bukan niat untuk mencari kesalahan tapi cuma perlu untuk perubahan bagi kemudahan kami sebagai pencarum di masa akan datang.
#sampaiskrngpihakkwspxderespondsaya
#semogatiadalagiygmengalaminasibygsama
Sumber : Nur Sheila Abdullah