berita

Lelaki Ditemui Meninggal Dunia Di Tandas Wad Hospital Serdang

March 28th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Seorang lelaki di bawah pemantauan (PUI) COVID-19 yang sedang menerima rawatan di Hospital Serdang dilaporkan meninggal dunia di tandas wad. Memetik laporan Harian Metro, pegawai polis yang bertugas di hospital menerima maklumat daripada seorang jururawat memaklumkan perkara berkenaan.

Masuk wad pada 26 Mac

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, dalam satu kenyataan berkata pegawainya menerima laporan lebih kurang jam 7.40 malam semalam daripada seorang jururawat memberitahu seorang pesakit membunuh diri di tandas wad.

Mangsa berusia 62 tahun dipercayai mendaftar masuk ke hospital berkenaan pada 26 Mac lalu pada 2.30 pagi.

Susulan laporan yang diterima, pegawai penyiasat kanan, ketua polis balai dan jurugambar hadir ke lokasi kejadian.

Pihak polis dibekalkan peralatan perlindungan diri (PPE) untuk keselamatan bagi merakam gambar di tempat kejadian dari jarak jauh.

Percakapan pengadu yang juga anggota polis di pondok polis berkenaan serta jururawat hospital, waris dan saksi turut dirakam untuk tindakan lanjut.

Tambahnya lagi, mayat akan di uruskan oleh pihak hospital berkenaan.

Bukan pesakit COVID-19

Ketua Pengarah Kesihatan menerusi sebuah Tweet mengesahkan memang ada kes bunuh diri di sebuah hospital tetapi tidak melibatkan pesakit COVID-19.

Sumber  : Harian Metro

The following two tabs change content below.