berita

Pesalah Dadah Larikan Diri Balik Jumpa Ibu Sebelum Diberkas Semula

February 20th, 2017 | by Hanis Aliaa
Kini Trending

headerSemalam gempar di media sosial apabila seorang banduan dikatakan lolos untuk bertemu dengan ibunya. Admin turut sayu baca kisah itu. Tapi kisah sebenarnya lain sedikit. Tidak seperti yang ceritakan di media sosial.

Lari selepas dijatuh hukum.

1Sebenarnya, pesalah ini larikan diri dari Mahkamah Majistret di Segamat selepas dijatuh hukum penjara 7 bulan akibat kes berkaitan dadah. Dia ditahan semula lepas setengah jam lari di kawasan belukar berdekatan rumahnya.

Ketika kejadian terdapat tiga anggota polis pengiring yang menggarinya bersama enam pesalah lain. Namun dia meloloskan diri dan lari melalui pintu hadapan mahkamah.

Menurut polis lagi, pesalah mampu meloloskan tangan dari gari disebabkan saiz pergelangan tangan kanan agak kecil. Akibat kesan kecederaan kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu.

Kasih ibu sampai syurga.

2Rumah pesalah ni cuma dua kilometer dari mahkamah. Tapi walau macam mana pon, ibu si pesalah tetap mendakap anaknya dengan penuh kasih sayang. Sedih pula admin tengok.

Netizen turut sebak.

Screen Shot 2017-02-20 at 13.12.13 Screen Shot 2017-02-20 at 13.12.55 Screen Shot 2017-02-20 at 13.13.08

Walau apa pon salah kita buat, ibu tetap terima kita seadanya. Semoga kisah ini jadi teladan untuk kita menjadi anak yang baik.

Kredit : Harian Metro  & Viral Media Johor

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×