Sama seperti tahun-tahun lalu, musim perayaan adalah waktu yang ditunggu-tunggu bukan sahaja kerana kemeriahan persiapan dan sambutannya, tapi sebab waktu ini juga lah kita dapat tengok kreativiti pelbagai syarikat besar di luar sana untuk tampil dengan iklan raya tersendiri.
Buka je Youtube macam-maam jenis iklan raya korang boleh jumpa untuk tahun 2022. Haa.. Iklan raya mana satu agaknya menjadi kegemaran korang setakan ini? Kalau min ada satu iklan raya ni memang buat min sebak betul, terus jadi teringat akan pada kampung halaman dan atuk tersayang. Syahdu tau!
Berbudi pada tanah, tanah tak tipu
‘Pesan atuk’ berkisahkan tentang si cucu yang mengimbau memori zaman kecil bersama atuknya, seorang pesawah padi. Mengangkat konsep kasih-sayang dan kekeluargaan, iklan raya dari Agrobank ni gerenti akan buat korang terimbau akan kenangan manis bersama atuk korang masa kecil-kecil dulu.
Pada min ‘Pesan atuk’ bukanlah iklan klise yang sekadar fokus tentang kemaafan di bulan syawal, namun, ianya disuntik dengan elemen penting yang mungkin kurang mendapat perhatian orang ramai seperti kelestarian jaminan bekalan makanan.
Kalau korang perasan sebenarnya masalah kekurangan sumber makanan dah jadi kian serius sejak kebelakangan ni dan jika tidak dibendung atau langkah berjaga-jaga tidak diambil dengan segera, ianya bakal menjadi satu isu besar untuk generasi akan datang.
Bayangkan hidup dengan sumber makanan yang sangat terhad? Tak seronok kan? Haa.. Sebab itulah dalam ‘Pesan Atuk’ mesej utama yang ditekankan adalah ‘berbudi pada tanah, tanah tak tipu’ kerana walau apa pun yang korang usahakan di atas sekecil-kecil tanah ianya pasti membuahkan hasil!
Generasi muda perlu teruskan legasi sektor pertanian & agro makanan
Pertanian adalah industri paling penting dalam memastikan kita dapat bekalan makanan yang mencukupi. Jika ianya hanya dipelopori golongan yang sudah lanjut usia, maka lambat laun masalah ketandusan bekalan makanan akan jadi kian meruncing.
Min faham mungkin ada generasi muda yang rasa pekerjaan sebagai seorang petani ni kurang glamor dan susah untuk diusahakan tapi itu semua hanyalah tanggapan yang salah! Sebab dalam dunia yang kian moden sekarang, pelbagai teknologi canggih dah boleh diguna pakai bagi memudahkan urusan pertanian.
Sekaligus, memudahkan urusan para pertani untuk menguruskan tanah tempat mereka bercucuk tanam. Dalam ‘Pesan Atuk’ korang sendiri boleh nilaikan macam mana perbezaan dua generasi berlainan mengendalikan sawah. Sangat berbeza tau, sekarang lebih mudah dan sofistikated!
Video penuh iklan raya ‘Pesan Atuk’ boleh ditonton di bawah:
Agrobank setia bersama setiap generasi, untuk terus membantu
Jika ada anak muda yang berminat nak usahakan tanah untuk pertanian tapi memerlukan bantuan bagi meneruskan hasrat tu, korang boleh mendapatkan bantuan daripada Agrobank yang sentiasa bersedia membantu para petani dengan menawarkan pelbagai pelan pembiayaan mengikut keperluan korang.
Kalau ada yang tak tahu, Agrobank sebenarnya bukan sahaja fokus untuk menghulurkan bantuan kepada golongan petani tau. Tetapi, mereka juga menawarkan produk dan solusi kewangan yang patuh syariah bersesuaian untuk setiap masyarakat Malaysia.
Jika korang berminat nak tahu dengan lebih lanjut tentang produk perbankan yang ditawarkan Agrobank, korang boleh layari laman web rasmi mereka di SINI.