Sebelum ini, nama selebriti versatil, Alif Satar pernah terpalit dengan isu curang dalam kalangan selebriti dan juga personaliti media sosial berikutan berkongsi nama yang sama.
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Main Perasaan Wanita, Tak Baik’ – Alif Satar
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Didakwa Anjur Showcase Dalam Gereja, Alif Satar Tahu Batas & Peka Sensitiviti Agama – ‘Itu Adalah Dewan Komuniti’
Penjelasan Alif
Alif atau nama penuhnya Muhammad Alif Mohd Satar, 33, memberi penjelasan apabila disoal mengenai kapsyen yang ditulis pada hantaran Instagram (IG) tentang memainkan perasaan wanita.
Menurut bapa kepada tiga orang anak ini, idea untuk menulis kapsyen tersebut tercetus secara spontan namun tidak ditujukan kepada mana-mana pihak.
Tak ada kena mengena dengan senario orang yang masih hidup ataupun yang telah mati.
Tulis kapsyen Instagram je pun sebab saya main banyak sukan. Berbasikal, berenang, berlari, main tennis, main golf tiba-tiba posting main bola.
Saja-saja tulis kapsyen, ‘biar main bola tapi jangan main perasaan perempuan’.
Alif berkata demikian ketika ditemui OhBulan! pada majlis pelancaran lagu Kumandang yang berlangsung di W Hotel Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Sementara itu, Alif tidak pernah mengambil serius usikan warganet apabila mereka mengaitkan namanya dengan kontroversi curang.
Tak ada. Netizen ni gurau kasar. Saya tak pernah ambil serious. Mereka suka menyakat.
Pelantun lagu Anugerah Terindah itu kini menjadi antara artis contoh kerana keperibadiannya yang membawa aura positif kepada masyarakat.
Dalam masa yang sama, para peminat turut mengaguminya kerana aktor tersebut jarang dikaitkan dengan kontroversi.