berita

Peserta MasterChef Terkejut Kena Masak Ular, Walaupun Geli Terpaksa Teruskan

June 7th, 2022 | by khairil
Video Popular

Sumber: babank.nawanreall1

Rancangan memasak di kaca televisyen pastinya antara rancangan yang popular di kalangan penonton. Manakan tidak, penonton sentiasa disajikan dengan hidangan yang enak. Namun, di laman media sosial tular sebuah rakaman video sebuah rancangan pertandingan memasak yang memerlukan peserta menggunakan ular sebagai bahan utama dalam hidangan mereka. Gelinya!

Peserta menjerit terkejut

Sumber: babank.nawanreall1

Menerusi perkongsian semula episod rancangan masakan itu di aplikasi TikTok, peserta rancangan masakan itu dikejutkan dengan bahan utama masakan yang sangat mengerikan sehingga studio rakaman kecoh dengan jeritan peserta.

Lebih mendebarkan, apabila bahan masakan utama dibawa masuk, kedengaran suara peserta MasterChef Thailand menjerit terkejut. Rupa-rupanya peserta diarahkan untuk memasak ular.

Sebaik sahaja pihak juri memberi arahan, mereka tanpa membuang masa terus mencari bahan-bahan lain dan terus memasak. Semakin menghampiri ke masa penamat, peserta dilihat gigih menyiapkan hidangan mereka walaupun ada diantara mereka yang sangat geli dengan ular itu ketika proses menyiang dan memotong.

Perkongsian rakaman ular yang lengkap fizikal itu dijadikan bahan utama dalam episod itu telah mendapat perhatian warganet dengan jumlah tontonan sebanyak 2.1 juta dan 83 ribu tanda suka.

Video penuh

‘Aku rela tarik diri’

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi mereka mengenai perkongsian tersebut. Ada juga yang berpendapat bahawa rancangan pertandingan masakan di Thailand memang ekstrem.

Sumber: MasterChef Thailand babank.nawanreall1

SKIP THIS AD ×