Enam peserta pertandingan Miss Universe Indonesia 2023 membuat laporan kepada pihak polis mendakwa penganjur melakukan gangguan seksual terhadap mereka dengan cara meminta untuk menjalani ‘pemeriksaan badan’ tanpa seurat benang.
Artikel Berkaitan: Isteri Ayie Floor88 Jadi Mangsa Lelaki Miang, Tawar RM2,000 Ajak ‘Video Call’ – ‘Tengok Je Bukan Buat Sekali’
Dimarahi kerana tutup payudara
Memetik laporan Kompas, salah seorang peserta yang hanya dikenali sebagai PJ mendakwa pihak penganjur memintanya untuk menanggalkan pakaian dalam bagi pemeriksaan fizikal di dalam sebuah bilik yang dipenuhi lebih 20 orang termasuk lelaki.
Saya salah seorang finalis awal yang melakukan body checking. Saya masuk ke sebuah ruangan, buka baju tetapi masih memakai bra.
Namun saya diminta membuka bra. Walaupun terkejut, saya tetap mengikut arahan mereka untuk membuka bra.
Saya kemudiannya menutup payudara saya dengan tangan kerana malu terdapat beberapa orang lelaki di dalam bilik itu.
PJ kemudiannya mendakwa dia dimarahi kerana menutup payudaranya dengan tangan.
Mereka memarahi saya kerana menutup payu dara saya dengan tangan. Mereka memaklumkan bahawa saya tidak berbangga dengan tubuh badan saya sendiri.
Mereka juga mempersoalkan saya dengan berkata, ‘Bagaimana sekiranya saya dihantar ke pertandingan antarabangsa yang mungkin memerlukan saya berbogel.
Dalam pada itu, PJ mengatakan bahawa dia bernasib baik kerana tidak melalui proses menangkap gambar dalam keadaan bogel seperti beberapa finalis yang lain.
Sekadar info, pertandingan ratu cantik itu diadakan di ibu negara Jakarta dari 29 Julai hingga 3 Ogos yang lalu.
Pihak polis kini mengesahkan telah menerima laporan yang dibuat dan akan mula menjalankan siasatan.
Sumber: Kompas