Foto: Harian Metro
Seperti umum mengetahui, pelakon yang popular menerusi filem Busut Bonang iaitu Badrol Shah atau lebih mesra dengan nama Bad bersama isteri dan empat orang anaknya telah disahkan positif Covid-19. Mereka telah menjalani kuarantin diri di rumah manakala isterinya sudah sembilan hari dikomakan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur.
Dapat berita daripada doktor berbeza
Foto: The Star
Memetik laporan Harian Metro, Bad memaklumkan petang semalam pihak hospital mengatakan bahawa isterinya telah meninggal dunia akibat Covid-19 namun pada waktu malam pula, ada seorang lagi doktor memaklumkan isterinya itu dalam keadaan nazak.
Petang semalam, doktor menghubungi saya mengatakan isteri sudah meninggal. Pada malam semalam pula, seorang doktor yang lain pula menghubungi saya dan memaklumkan isteri sedang nazak dan belum meninggal dunia.
Bad mengakui tindakan pihak hospital itu mengelirukan dan menimbulkan salah faham kepada banyak pihak termasuklah dalam kalangan ahli keluarga. Malah, ramai yang menyalah anggap dan menuduh Bad menipu dan berita mengenai pemergian isteri tercinta hanyalah untuk meraih simpati.
Saya tak faham apa yang dilakukan oleh pihak hospital. Apabila dimaklumkan bahawa isteri saya sudah meninggal dunia, saya kongsikan berita itu di Facebook kerana itu cara untuk maklumkan kepada kenalan-kenalannya. Jadi, andai kata ada sesiapa yang mengenalinya atau ada hutang piutang yang belum dilunaskan, mereka akan dapat tahu berita ini.
Isteri tidak hamil seperti didakwa
Foto: Utusan Malaysia
Bad menegaskan dia tidak berniat mahu menagih simpati seperti yang didakwa netizen sebaliknya dia sendiri tidak sangka perkara seperti ini akan berlaku kerana dia hanya menyampaikan sahaja berita yang diterima daripada pihak hospital. Dalam kesempatan itu, Bad menjelaskan bahawa isterinya tidak hamil seperti yang dihebohkan di media sosial.
Ramai salah anggap dengan tulisan saya mengenai anak kami di syurga. Saya maksudkan anak kami yang keguguran ketika berusia lima bulan dalam kandungan pada 2018.
Sumber: Harian Metro