berita

Peti Ais Kurang Sejuk? Lelaki Ini Kongsi Cara Servis Dengan Modal RM12 Je

April 15th, 2020 | by Arini Saleh
Make-It-Senang

Peti ais yang sudah lama digunakan kebiasaannya akan menghadapi masalah kurang sejuk. Hal ini disebabkan oleh komponen-komponen di dalam peti ais yang perlu diperiksa atau diganti.

Seperti perkongsian individu ini, masalah ini timbul apabila defrost thermostat atau defrost sensor telah rosak. Bagaimana nak servis tu? Boleh ikuti cara berikut.

Punca tidak sejuk

Kalau bukak cover bahagian atas peti sejuk, macam ni rupa dia, semua dah frozen, sebab tu bawah tak sejuk

Tunggu ais tu mencair sndiri. Saya tak kuasa nak tunggu, jadi guna hair dryer pon boleh nak bagi cepat cair. Tadah bekas. Senang nak buang ais yang cair tu.

Ganti sensor


Ok. Dah cair perasan tak benda tiub warna pink tu, haaa tu la sensor tu. Potong cable tie tu. Tarik keluar sensor tu.


Ok ni keadaan sensor tu. Yang bawah tu, baru punya.


Ok. Macam ni…

Potong, sambung dengan yang baru


Potong wire yang asal tu, pastu sambung pada yang baru, jangan risau tak ada polarity. Bubuh ja ikot suka hampa. Kemaskan guna heat shirnk tube (warna hijau tu), kalau takda boleh guna selotip hitam pon tak apa.


Letakkan pada posisi asal, bahagian metal sensor tu hala ke bahagian bawah ye. Guna kable tie, ikat balik kemas-kemas, supaya tak bergerak-gerak. Tutup balik cover. Ha siapla senangkan.

P/S : Yang tiub belah bawah tu pulak nama dia thermal fuse, macam fius biasa untuk elakkan coil terlebih panas (fius putus) masa peti sejuk ni auto untuk cairkan ais (defrost heater) yang terjadi masa compressor off.

Sumber : Jannatun Naim

The following two tabs change content below.