PETRONAS Grand Prix Malaysia 2024 atau perlumbaan super popular MotoGP kembali memeriahkan Litar Antarabangsa Petronas litar lumba Sepang pada awal November lalu.
Mencatatkan sehingga 184,923 jumlah pengunjung, acara tersebut berlangsung meriah dengan pelbagai aktiviti menarik terutamanya di Pavilion PETRONAS.
Francesco Bagnaia Juara MotoGP™ Malaysia 2024
Highlight utama PETRONAS Grand Prix Malaysia 2024 mestilah perlumbaan MotoGP™ yang sangat sengit dan penuh debaran.
Perlumbaan penuh aksi ini menyaksikan Francesco Bagnaia diangkat sebagai juara apabila berjaya mencatatkan rekod terpantas dengan 19 lap dalam catatan waktu 38 minit 4,563 saat.
Perlumbaan kali ini boleh dikatakan penuh debaran, terutama sekali apabila terjadi insiden perlanggaran sehingga bendera merah terpaksa dikibarkan di pusingan awal.
Bagaimanapun, Francesco Bagnaia terus ‘memecut’ meskipun berdepan sengit yang ditampilkan Jorge Martin.
PETRONAS rai ulang tahun ke-50 dengan pelbagai aktiviti
Sambutan ulang tahun ke-50 PETRONAS lebih bermakna apabila ia dapat diraikan bersama orang ramai menerusi acara ini.
Bagi memastikan semua orang dapat merasai pengalaman ‘berlumba’ PETRONAS menyediakan sebuah Pavilion yang diperhebat dengan pelbagai aktiviti, jualan cenderamata dan juga ruang pameran.
Ada juga kuiz dan permainan yang dimeriahkan dengan kehadiran penyampai-penyampai Hot Fm, senang cakap memang semua orang nampak enjoy sangat bila berpeluang untuk bertemu selebriti dan bawa pulang hadiah menarik.
Terdapat juga beberapa bahagian pengalaman di mana orang ramai dapat merasai keseronokan perlumbaan MotoGP. Antara yang disediakan adalah sudut perlumbaan maya yang membolehkan peserta berlumba sesama sendiri, simulator latihan perlumbaan dan multi-touch game.
Melalui ruang sudut pameran pula, PETRONAS menampilkan beberapa panel dengan info menarik tentang bagaimana mereka menjadi peneraju dalam memacu pembangunan perlumbaan motosikal tempatan selama ini, termasuklah kerjasama sukan sehingga program pembangunan bakat baru.
Contohnya, PETRONAS sangat komited untuk menyokong agenda pembangunan negara Malaysia melalui sokongannya terhadap perlumbaan motorsports peringkat akar umbi dan pembangunan bakat tempatan. Ini jelas terbukti melalui kerjasama mereka dengan Pasukan PETRONAS MIE Racing Honda, yang diakui sebagai penyumbang utama kepada ekosistem motorsport Malaysia.
Kehadiran pelumba wildcard tempatan hangatkan suasana!
Menerusi kerjasama PETRONAS MIE Racing Honda Team, bakat tempatan seperti Khairul dan Helmi diberikan peluang keemasan untuk bertanding di tanah air sendiri dengan sokongan ribuan peminat setia dan pastinya menjadi kebanggaan negara.
Helmi Azman, bintang baru yang sedang mencuri perhatian, berjaya mempamerkan prestasi hebat dalam Kejuaraan Idemitsu FIM Asia Road Racing 2024! Helmi menduduki tempat ke-5 terbaik secara keseluruhan untuk kelas Supersports 600cc.
Prestasinya sepanjang musim jelas menunjukkan dedikasi dan kemajuan diri sebagai pelumba, menjadikannya pesaing berbahaya buat kesemua perlumba lain.
Nama Khairul Idham Pawi sudah tidak asing lagi, beliau dianggap sebagai salah satu bakat terunggul dalam sukan permotoran Malaysia, mencipta sejarah sebagai pelumba Malaysia pertama yang menang perlumbaan Grand Prix dalam kategori Moto3™, kemenangan luar biasanya di Grand Prix Argentina serta Grand Prix Jerman pada tahun 2016.
Kini, beliau kembali untuk beraksi dalam kategori Moto2 dan berpeluang untuk sekali lagi menunjukkan kemahiran hebatnya di tanah air pada Kejuaraan Motosikal PETRONAS Grand Prix Malaysia.
Program Wildcard ini merupakan tanda komited PETRONAS untuk membina masa depan bakat tempatan yang mampan, selari dengan usaha mereka untuk terus mengenal pasti dan membimbing pelumba muda.
PETRONAS juga akan memastikan bakat baru tempatan mampu bersaing di puncak sukan permotoran dua roda seperti MotoGP™
Jika korang berminat nak tahu lebih lanjut tentang perkembangan sukan permotoran PETRONAS dan update terbaru mereka korang boleh follow laman Instagram rasmi mereka di SINI.