berita

‘Petugas Kesihatan Mungkin Kembali Bekerja 20 Jam Sehari Sekiranya…’ – Dr Noor Hisham

July 29th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau PKP Bersyarat (PKPB) mungkin akan dikuatkuasakan semula sekiranya kes positif COVID-19 dalam penularan tempatan meningkat secara mendadak.

Menerusi laporan Bernama, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kerajaan tiada pilihan melainkan menguatkuasakan semula PKP seperti yang dilakukan pada awal penularan wabak berkenaan bagi memastikan rantaian wabak COVID-19 dapat diputuskan di Malaysia.

Meningkat sejak akhir-akhir ini

Kalau jangkitan menular dalam komuniti dan tidak terkawal, kita akan bermasalah dan mungkin akan kembali ke PKP atau PKPB. Dalam tempoh dua minggu ini, jika ada peningkatan kes secara mendadak dan wujudnya kluster baharu, tindakan akan kita ambil.

Kena sentiasa ingatkan rakyat Malaysia supaya patuh pada SOP kerana jika tidak patuh kepada SOP dan kes merebak dalam komuniti, kita terpaksa balik kepada PKP. Semua rakyat kena duduk rumah supaya KKM (Kementerian Kesihatan) dapat menjalankan aktiviti lapangan untuk kawal penularan.

Ketidakpatuhan rakyat terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) antara faktor yang menyebabkan jangkitan COVID-19 dalam komuniti meningkat sejak akhir-akhir ini. Tambah beliau, semasa pelaksanaan PKP, kepatuhan rakyat terhadap SOP adalah tinggi dan pada masa itu, jumlah kes yang positif juga adalah tinggi. Namun, rakyat mula menjadi alpa apabila jumlah kes harian adalah rendah.

Benda dah berlaku

Mengulas mengenai perhimpunan penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, semalam, Dr Noor Hisham berkata KKM akan memantau sekiranya ada kes positif di kalangan mereka yang hadir.

Untuk semalam, dah tak boleh buat apa sebab dah berlaku tetapi tindakan kita dalam dua minggu ini ialah memantau sekiranya ada kes positif namun kita harap kes tidak meningkat terutamanya dari Kuala Lumpur. Kalau kes meningkat, baru ambil tindakan seperti ada satu kes positif, KKM akan memulakan aktiviti kesihatan awam.

Tujuh bulan kami bekerja keras untuk memastikan dan mengelakkan penularan ini, kalau ini berlaku (gelombang ketiga), kita mungkin akan bekerja keras selama empat bulan lagi. Seramai 250,000 pasukan petugas kesihatan mungkin akan kembali bekerja selama 20 jam sehari sekiranya kes kembali mendadak. Semasa Hari Raya Aidilfitri lepas, kita kawal sempadan dan kita harap masa Hari Raya Aidiladha ini tiada peningkatan kes secara mendadak.”

Perasaan kecewa turut diluahkan oleh Dr Noor Hisham mengenai perhimpunan semalam. Ujarnya lagi, masyarakat tidak mematuhi SOP penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka. Pada masa yang sama, potensi untuk gelombang ketiga berlaku juga amat tinggi dan pasukan kesihatan terpaksa bekerja keras lagi. Di samping itu, beliau turut mengingatkan masyarakat untuk patuh SOP Aidiladha semasa menyambut perayaan itu Jumaat ini.

Sumber: Bernama

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×