Berita perkahwinan konglomerat kacak dari Thailand, Oak Phakwa Hongyko dengan transgender cantik, Nong Poy kini sedang hangat diperkatakan oleh orang ramai.
Artikel Berkaitan: Nur Sajat Mengaku ‘Transgender’ Semasa Live Di TikTok?
Kahwin bulan Mac
Memetik laporan Detik, khabarnya pasangan kekasih ini akan berkahwin secara rasmi pada 1 Mac tahun ini.
Berita perkahwinan kedua mereka membuatkan orang ramai tertanya-tanya tentang bakal suami Nong Poy. Bagaimanakah figura dari Oak Phakwa Hongyok ini?
Difahamkan Oak Phakwa Hongyok merupakan anak kepada konglomerat Thailand serta bakal pewaris kumpulan Ar Jor yang terlibat dalam perniagaan hotel dan pelancongan.
Dikatakan kumpulan Ar Jor sendiri memiliki muzium, restoran dan kafe terkenal di Phuket. Pun begitu, sehingga kini belum ada laporan jelas berhubung jumlah sebenar aset milik Oak Phakwa Hongyok dan keluarganya.
Sementara itu, tidak kurang juga kekasihnya, Nong Poy dilaporkan mempunyai kekayaan yang luar biasa selepas terlibat dalam dunia peragaan dan lakonan.
Nong Poy mula menceburi industri peragaan pada tahun 2004 dan memenangi dua pertandingan ratu cantik. Ketika usianya 19 tahun, Nong Poy memenangi gelaran ‘Miss Tiifany’s 2004’. Kemudian, pada tahun yang sama, dia memenangi pertandingan ratu cantik, ‘Miss International Queen.’
Selepas itu, namanya mula dikenali ramai terutama di kampung halamannya di Thailand. Populariti itu membuatkan dia dapat muncul di banyak muka depan majalah.
Sumber: Detik