Sebelum ini, usahawan kosmetik terkenal Nur Sajat dilaporkan telah berhijrah ke Australia bagi memulakan hidup yang baharu selepas menjadi pelarian di Thailand.
Artikel Berkaitan: ‘Dia Tinggalkan Nama Buruk’ – Nur Mustika Akui Tertekan, Jelaskan Tiada Kena Mengena Dengan Sajat Lagi
Artikel Berkaitan: Sajat Masih Di Thailand, Polis Tunggu Keputusan Permohonan Ekstradisi
Artikel Berkaitan: ‘Memang Ujian Ini Berat Untuk Saya & Keluarga’ – Adik Sajat Mohon Semua Pihak Beri Satu Lagi Peluang
Sajat buat pendedahan sebenar?
Terbaru, lapor Kosmo! pemilik nama Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman menerusi sesi live di akaun TikToknya, dikatakan mengaku dia merupakan seorang transgender. Nur Sajat akui dia berasa takut untuk mendedahkan perkara tersebut semasa berada di Malaysia berikutan perniagaanya yang akan terjejas dek kecaman daripada netizen.
Sajat takut kena kecam, saya usahawan (jadi) kalau boleh tak nak beritahu orang ramai. Biarlah mereka (rakyat Malaysia) kenal kita sebagai Nur Sajat, perlu ke cerita latar belakang hidup kita pada orang lain.
Mengulas lebih lanjut, Nur Sajat menjelaskan dia mahu berkongsi kejayaannya dalam bidang perniagaan kepada orang ramai, dan bukannya memfokuskan terhadap dirinya sebagai transwoman.
Sajat nak berkongsi pasal kejayaan, bukannya nak bercerita tentang diri sendiri lainlah kalau kita ini ‘jual diri’ bolehlah kita bercerita tentang diri sendiri.
Di sini saya mengaku saya merupakan ‘transwoman’. Faham ‘woman’ ialah perempuan cuma membezakannya ialah perkataan ‘trans’ kira saya ini memang perempuan pun.
Dah bincang nak bayar ansuran
Nur Sajat juga turut menceritakan syarikat Owa Resources yang bertindak menfailkan saman terhadapnya adalah sepupunya sendiri.
Mereka sebenarnya bekas pekerja Sajat di bahagian pemasaran. Saya dah bincang dengan keluarga sepupu untuk membuat bayaran secara ansuran, tapi di pihak sana mereka tak nak (tolak).
Sumber: Kosmo!