berita

Photoshoot Gambar Pelanggan Di Tempat Awam, Jurugambar Dikompaun RM5k

May 18th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) setiap individu perlu patuh akan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengelakkan daripada dikenakan kompaun.

Kompaun yang dikenakan secara tidak langsung membuatkan orang ramai lebih berwaspada dan perlu akur dengan arahan yang telah diberikan.

Jurugambar dikompaun RM5k

Foto: Hazim Halim

Terbaru, seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Hazim Halim mendakwa seorang jurugambar telah dikenakan kompaun sebanyak RM5k susulan mengambil gambar di tempat awam (public).

Menerusi resit kompaun tersebut, individu berkenaan dipercayai telah dikompaun dua hari lepas, pada jam 3.40 petang berikutan kesalahan berkumpul di Persiaran Karpal Singh.

Photographer shoot kat public kena saman 5k. Hati hati kawan kalau client kata shoot kejap ke lama ke say no melainkan dia nak bayar 5k.

Ujar lelaki ini lagi, kadar kompaun yang dikenakan adalah bagi seorang individu bukannya kumpulan. Pada masa yang sama, dia turut memberikan peringatan kepada jurugambar di luar sana untuk lebih berwaspada dan tidak akur dengan setiap permintaan pelanggan. Namun, sehingga kini tiada sebarang info berkenaan berhubung isu ini.

Sumber: Hazim Halim

SKIP THIS AD ×