Pelakon dan pengarah, Piere Andre mendedahkan dia sudah 10 tahun tidak menggunakan telefon bimbit.
Artikel Berkaitan: Kes Langgar Kontrak, Hun Haqeem Diminta Bayar Ganti Rugi RM613,960 Kepada MIG – ‘Dia Bagai Kacang Lupa Kulit’
Artikel Berkaitan: ‘Anak-Anak Masih Kecil Untuk Memahami, Kalau Tanya Saya Jawab Daddy Is Working’ – Mawar Rashid
Bebas tanpa telefon
Ketika ditemui OhBulan!, Piere atau nama sebenarnya Mohd Pierre Andre Nazarul Andre berkata, sekiranya ada mana-mana pihak yang mencari, perlu berhubung dengan isterinya.
Malah, Piere mendedahkan dia juga tidak mempunyai sebarang akaun media sosial.
Saya tiada media sosial. Saya tidak ada telefon, sudah 10 tahun saya tidak ada. Siapa nak hubungi saya, kena telefon isteri saya. Pernah satu masa, saya hanya guna telefon awam.
Disebabkan tidak ada telefon, saya tidak pernah komunikasi dengan orang lain. Kalau nak hubungi saya, kena hubungi isteri saya.
Piere berkata demikian ketika ditemui pada majlis doa selamat filem Jangan Pandang Belakang 2, yang diadakan di bangunan Metrowealth International Group (MIG), Petaling Jaya, baru-baru ini.
Melanjutkan bicara, aktor berusia 38 tahun itu berkata dia selesa dengan kehidupan sedemikian.
Saya rasa sangat bebas tidak menggunakan telefon. Berbeza dengan masa saya sebelum kahwin, phone bagi saya tekanan.
Dalam perkembangan terkini, Piere meluahkan rasa syukur apabila diberikan tanggungjawab untuk menggalas peranan sebagai sutradara filem Jangan Pandang Belakang 2.
Selain bertindak sebagai pengarah, Piere turut memegang sebuah watak dalam filem terbitan MIG itu.
Jangan Pandang Belakang 2 turut dibintangi Emma Maembong, Mawar Rahsid, Alif Hadi, Iedil Putra dan ramai lagi.