berita

‘Pihak Pengurusan Akan Keluarkan Kenyataan, Tugas Dolla Hanya Buat Persembahan’ – Sabronzo

September 29th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Baru-baru ini, kumpulan Dolla dikecam selepas tampil dengan imej seksi ketika melakukan persembahan di Good Vibes Weekender.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sabronzo Dolla Dikecam Menari Gaya ‘Twerk’, Netizen Anggap Sudah Melampau

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Penampilan Seksi Dolla Kena Kecam, Netizen Banding Dengan Penyanyi Korea CL Pakai Jaket Labuh

Kunci mulut

Ketika ditemui OhBulan, salah seorang ahli Dolla iaitu Sabronzo memohon maaf kerana tidak dapat mengulas lanjut.

Kata Sabronzo, 27, dia menghormati keputusan pihak pengurusan iaitu Universal Music yang mahu mengeluarkan kenyataan rasmi, tidak lama lagi.

Bagi pihak Universal Music, mereka tidak benarkan kami keluarkan kenyataan lagi sebab mereka yang akan lakukan.

Saya pun kena hormat keputusan pihak pengurusan yang tidak benarkan saya untuk beri kenyataan.

Sabronzo berkata demikian ketika pratonton RR Bridal RTW 22 yang diadakan di Shangri-La Hotel Boutique, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Kami hanya artis

Dalam pada itu, pemilik nama Wan Sabrina Wan Rusli berkata tugas Dolla hanya menjayakan persembahan, perihal lain diserahkan kepada pengurusan.

Lagipun, kami hanya artis dan pihak pengurusan yang buat segala keputusan. Sebagai artis, kami hanya ikut saja.

Sebab tugas kami hanya untuk buat persembahan dan menyanyi. Itu sahaja.

Pada minggu lalu, anggota Dolla yang terdiri daripada Tabby, Angel, Sabronzo dan Syasya dilihat menggayakan empat gaya berbeza yang seksi.

Ada segelintir netizen yang membandingkan pakaian Dolla dengan penyanyi dari Korea Selatan yang merupakan ahli kumpulan 2NE1, Lee Chae-rin atau CL yang mengenakan jaket hitam labuh.

Sebelum ini, Sabronzo pernah dikritik kerana dianggap keterlaluan apabila menari tarian dipercayai gaya ‘twerk’ yang terkenal dengan aksi seksi dan menggoda.

Sumber: Instagram @dolla.official

SKIP THIS AD ×