Di kala nama menjadi bahan ‘ejekan’ dan ‘kutukan’ pelakon Fathia Latiff, pasangan selebriti Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza memilih untuk mengunci mulut dan tidak memberi sebarang kenyataan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kau Pun Tarik Dadah Tapi Nak Acah Suci’ – Zarina Anjoulie
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fathia Latiff Bidas Balik, Hina Fizikal Zarina Anjoulie – ‘Dengan Hidung Kau Buruk Panjang’
Zahirah, Aiman malas ambil kisah
Malah, pasangan itu menerima pujian netizen apabila mereka kekal tenang dan tidak mengeruhkan keadaan berhubung isu yang sedang hangat menjadi soroton orang ramai ketika ini.
Cubaan OhBulan! untuk mendapatkan kenyataan Zahirah dan Aiman tidak berjaya apabila wakil pihak pengurusan memaklumkan mereka enggan mengulas lanjut.
Bagaimanapun ketika ditanya mengenai keadaan pasangan itu, wakil pengurusan berkata mereka dalam keadaan baik dan menjalani kerja-kerja industri seperti biasa.
Dalam perkembangan terkini, Aiman yang baru selesai penggambaran filem Harimau Malaya The Untold Journey bakal menjalani penggambaran drama terbaharu dalam waktu terdekat.
Sementara itu, Zahirah terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan untuk memberi fokus pada kandungannya. Pun begitu, dia masih memberikan komitmen penuh untuk beberapa jenama, kempen dan acara yang diundang.
Terdahulu, tiada angin tiada ribu, Fathia secara tiba-tiba mengatakan wajah Zahirah seperti pembantu rumah atau bibik ketika melakukan sesi siaran langsung di Instagram miliknya.
Malah, Fathia berkata dia bersyukur tidak berkahwin dengan Aiman kerana mendakwa aktor itu tidak memiliki wang.
Bertambah parah lagi, apabila dia memuat naik gambar sewaktu mereka sedang bercinta dan mengatakan Aiman tidak ‘move on’ dan masih menyayangi dirinya.