Kontroversi Putera Harry dan Meghan Markle bakal meninggalkan keluarga diraja England terjawab selepas mereka mengumumkan perkara ini di laman Instagram. Menerusi sebuah posting di Sussex Royal, pasangan ini memberitahu melangkah keluar dari anggota ‘senior’ keluarga diraja dan akan bekerja mencari sumber kewangan sendiri.
Tinggalkan keluarga diraja
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, selepas beberapa bulan berbincang secara menyeluruh, pasangan ini mengambil keputusan mahu mencipta peranan baru dalam institusi diraja. Mereka berhasrat keluar dari anggota keluarga diraja dan bekerja sendiri bagi menampung keperluan kewangan mereka, sementara terus menyokong sepenuhnya Queen Elizabeth.
Patung lilin tidak lagi dipamerkan
Katanya, dengan sokongan daripada rakyat terutama untuk beberapa tahun ini, mereka bersedia untuk melakukan perubahan besar seperti yang disebut. Kini, mereka merancang untuk membahagikan masa antara United Kingdom dan North America disamping terus berkhidmat kepada Queen Elizabeth.
Sementara itu, Harian Metro melaporkan patung lilin pasangan Duke dan Duchess of Sussex ini tidak akan dipamerkan dalam ruangan keluarga Diraja Britain iaitu di Muzium Madame Tussauds bermula hari ini. Keputusan ini dibuat susulan pengumuman meninggalkan sistem keluarga Diraja England yang dibuat semalam.
Sumber : Sussex Royal , Harian Metro