berita

Pinggan Mangkuk Viral Rupanya Tidak Selamat Digunakan, Beri Kesan Kepada IQ Anak!

June 2nd, 2020 | by Arini Saleh
Kesihatan & Hidup Aktif

Pinggan bercorak dengan gabungan warna yang menarik membuatkan ramai ibu bapa tertarik untuk memilikinya. Harga bagi seunit pinggan mangkuk ini juga tidaklah begitu mahal dan mampu milik.

Tetapi, tahukah anda sebenarnya pinggan mangkuk sebegini memberi kesan negatif kepada kehidupan seharian anda? Public Health Malaysia menerusi Facebook menjelaskan sebab mengapa orang ramai tidak digalakkan menggunakannya.

Beri kesan kepada anak

Pinggan mangkuk dengan corak berwarna warni dan terang memang cukup menarik. Namun berhati hati, kerana ia mungkin tidak selamat untuk kegunaan harian.

Bahan yang mengandungi plumbum telah lama digunakan sebagai bahan utama dalam penghasilan produk seramik yang bercorak dan berwarna warni.

Antara ciri ciri pinggan mangkuk yang mungkin mengandungi plumbum adalah:

Pinggan yang dibuat secara tradisional dengan tanah liat
Pinggan dengan corak yang dilukis dan menarik
Permukaan pinggan yang tidak rata, anda dapat rasa corak yang dilukis dengan tangan
Pengilang yang tidak diketahui (bukan jenama yang diketahui)
Pinggan dengan pelbagai bentuk

Elakkan letak makanan panas atau berasid

Pinggan yang selamat adalah:

Pinggan berwarna putih tanpa corak
Corak pinggan di bawah atau luar pinggan

Sebaik baiknya, elakkan mengguna pinggan seperti ini, tetapi jika anda masih ingin menggunakannya:

– Elakkan meletakkan makanan panas
– Jangan panaskan atau masuk ke dalam ketuhar, microwave
– Jangan simpan makanan terlalu lama
– Jangan letak makanan berasid seperti tomato, limau, teh, kopi dan jus buah
– Elakkan basuh dengan sabun, menyental permukaan pinggan dengan dawai kerana ia akan merosakkan permukaan dan menyebabkan bahan plumbum lebih mudah bocor
– Jangan hidangkan untuk kanak kanak dan warga hamil

Sumber : Public Health Malaysia

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×