berita

Pinggang Kerengga 22 Inci Jadi Perhatian, Seo Ye Ji Akui Tertekan Kena ‘Body Shaming’

July 9th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Siapa sini kaki layan drama korea, pasti tahu siri terbaru ‘It’s Okay To Not Be Okay’ yang kini sedang ditayangkan di Neflix. Lakonan hebat pelakon utama drama tersebut iaitu Seo Ye-ji yang membawa watak Ko Mun-yeong sebagai seseorang yang memiliki masalah anti-sosial nyata meninggalkan impak yang mantap buat karakter tersebut. Namun apa yang menjadi bualan hangat netizen adalah pinggang Seo Ye-Ji seperti kerengga. Fuh memang kecil betul!

Ramping dan kurus

Dalam episode 6 yang ditayangkan minggu lepas, Seo Ye-ji dilihat memakai gaun merah jambu yang menampakkan  garis pinggang yang ramping. Rata-rata penonton terkejut melihat bagaimana dia memiliki pinggang yang kecil, walaupun tingginya mencecah 170cm (5, 57 kaki).

Babak di dalam episod tersebut agak serius di mana Ko Mun-yeong mengamuk gara-gara seorang pesakit di hospital psikiatri yang membahasakan dirinya sebagai ibunya. Kejadian itu membuatkan dia teringat kembali trauma lama. Walau bagaimanapun, penonton nampaknya tidak mampu fokus dek kerana penampilannya itu. Selepas episod tersebut tamat tayangan, ramai wanita meluahkan rasa cemburu melihatkan tubuh badan pelakon itu yang menawan

Pernah menari ballet

pinggang seo yeji

Menerusi Koreaboo, dia memberitahu bahawa susuk tubuhnya itu merupakan anugerah kerana seluruh keluarganya mempunyai genetik tinggi dan kurus. Dia turut mendedahkan bahawa ibu dan kakaknya dulu bekerja sebagai pramugari. Tak hairanlah jika tinggi dan berat badannya hanya 170cm dan 43kg (94.7 lbs). Fuh memang ramping betul!

Dikhabarkan juga bahawa ukur lilitnya pinggangnya itu ialah 22 inci. Pelakon tersebut turut menyatakan bahawa dia tidak mempunyai rutin penjagaan badan yang spesifik selain mendedahkan bahawa dia pernah belajar menari ballet suatu ketika dahulu. Ekoran dari viral terbabit, agensi pihak Ye Ji terpaksa keluarkan kenyataan bahawa pelakon tersebut rasa tertekan dengan orang awam yang hanya fokus kepada pinggangnya.

Reaksi netizen

Sumber : Today Online, Koreaboo

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×