Pelakon veteran, Datin Fadilah Mansor mendedahkan ada beberapa individu yang cuba mendekati dan ingin mengenalinya dirinya selepas pemergian suami yang juga penyanyi legenda, Allahyarham Datuk A. Rahman Hassan.
Artikel Berkaitan: ‘Masa Akak Datang Dia Cakap Thank You & Suruh Picit Kaki’ – Fadilah Mansor Kongsi Momen Terakhir Bersama Arwah Mat London
Artikel Berkaitan: ‘Setiap Masa Dia Berusaha Ambil Hati Saya’ – Isteri Kongsi Detik Indah Bersama A Rahman Hassan
Pintu hati terbuka
Ketika ditemui OhBulan!, Fadilah berkata dia bagaimanapun tidak tergopoh gapah mencari pasangan hidup yang baharu, sebaliknya menyerahkan soal jodoh pada takdir Allah.
Nak cakap fasal pengganti, memang ada yang cuba datang untuk mendekati saya. Namun, saya hanya berserah kepada kuasa Allah. Saya tidak mahu cakap ya dan tidak. Saya juga tak lah mencari.
Kalau Allah sudah jodohkan bersama orang-orang tertentu, saya akan terima dengan hati terbuka.
Bagi anak-anak saya pula, mereka suka sahaja. Asalkan mak dia ini gembira untuk menghabiskan hujung-hujung usia.
Fadilah berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyerahan sumbangan kepada artis veteran yang diadakan di Restoran Ngam Ngam, IOI Mall, Putrajaya baru-baru ini.
Dalam pada itu, pelakon berusia 65 tahun itu berkata dia tidak menetapkan sebarang kriteria pada mana-mana lelaki. Sebaliknya menerima dengan hati yang terbuka sekiranya jodohnya telah tiba.
Kalau ada yang kata saya masih cantik, Allahamdulillah. Semoga Allah tidak menyesatkan hati saya.
Kalau cakap lingkungan umur orang yang ingin mengenali saya itu, nak kata tua pun tidak, muda pun tidak. Mungkin dalam umur lingkungan saya juga.
Tak kisahlah macam mana pun orangnya. Dekat atau jauh. Nak kata pintu hati ini terbuka luas pun tak juga. Saya santai sahaja.
Orang industri pun manusia juga. Saya kena terima dengan hati yang terbuka. Kalau hati kata tak nak, tak jadi juga. Saya terima sesiapa sahaja seadanya kalau hati dah suka.
Untuk info, Fadilah mendirikan rumah tangga dengan Allayarham A. Rahman pada 25 Disember 2014.
Arwah dilaporkan meninggal dunia di Hospital Ampang akibat strok dan pendarahan pada bahagian otak pada jam 12.40 tengah malam pada 13 Jun 2019.
Sebelum berkahwin dengan A. Rahman, Fadilah pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah Allahyarham Mat London namum bercerai pada 2012.