berita

Pintu Lif Terbuka & Tertutup Sendiri Di Flat Berhantu, Lelaki Cemas ‘Dia’ Ikut Balik Rumah, Siap Ketuk Pintu Lagi!

September 20th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Tak dinafikan, perihal gangguan mistik dan makhluk halus sedikit sebanyak mencetuskan ketakutan orang ramai lebih-lebih lagi apabila makhluk tersebut tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook iaitu Firdaus Mohd (Kelab Cerita Hantu Malaysia) berkongsi satu kisah seram yang dialaminya semasa menyewa di sebuah rumah flat di Damansara.

Keadaan rumah tak terurus, seram!

Sekadar gambar hiasan

Menurut Firdaus Mohd, dia telah menyewa rumah berkenaan selama enam bulan iaitu sepanjang menjalani latihan industri. Jelasnya lagi, berdasarkan gambar yang diiklankan, rumah tersebut boleh dikatakan agak besar dan cantik tapi sayangnya semua itu hanyalah indah khabar dari rupa.

Keadaan apartment agak tidak terurus dengan kawasan riadah sudah mula terbiar. Parking kereta yang tiada lampu, serta dipenuhi dengan sampah. Kolam renang yang telah pun ditutup sepenuhnya hanya dipenuhi dengan ranting kayu serta sampah sarap.

Pada awalnya tiada sebarang kejadian seram yang berlaku di rumah tersebut sehinggalah pada suatu malam ketika dia pulang ke rumah selepas selesai kerja di pejabat. Apa yang membuatkan keadaan menjadi lebih seram adalah suasana tempat letak kereta di rumahnya sangat gelap dan sunyi.

Tiba-tiba terasa seperti ada yang mengekori. Seakan manusia tapi samar-samar. Setibanya di lif blok, aku segera menekan tombol lift berulang kali dengan harapan dengan segera pintu lift terbuka.

Sebaik pintu lift terbuka, aku segera melangkahkan kaki ke dalam. Belum sempat pintu lift tertutup rapat, aku melihat satu sosok hitam berdiri tepat dihadapan pintu lift.

Bunyi ketukan pintu

Sekadar gambar hiasan

Lif kemudian bergerak menuju ke tingkat 12. Setibanya di pintu rumah, dia terdengar seperti pintu lif terbuka dan kemudian tertutup kembali. Lebih menyeramkan apabila dia turut mendengar seperti bunyi kaki diseret. Pada waktu malam, Firdaus mendengar bunyi burung hantu dari luar tingkap biliknya.

Untuk makluman, blok yang aku tinggal ini berada betul diatas sebuah bukit dan dibelakangnya terdapat hutan tebal. Aku cuba menghiraukan bunyi tersebut dan terus melelapkan mata.

Pada keesokan harinya, dia sekali ‘diganggu’ apabila terdengar bunyi ketukan pintu. Dia kemudian pergi untuk membuka pintu tersebut dan alangkah terkejutnya apabila melihat tiada kelibat seorang pun di luar.

Aku terus menuju ke dapur mengambil air soya dipeti sejuk dan Kembali ke sofa, ‘Knock…knock…knock..’ kali ini ketukan pintu lebih kuat seperti mau luruh pintu dibuatnya. Aku segera menuju ke pintu sambil berteriak “jangan main-main boleh tak? Tak reti ke orang letih ke apa ke’.

Seperti kaki ditarik

Sekadar gambar hiasan

Semasa di dalam tandas, Firdaus memaklumkan terdengar seperti pintu rumah dibuka dan kelihatan ada bayang yang memasuki bilik. Dia menyangka rakan serumahnya yang pulang namun sebaliknya yang berlaku apabila sebenarnya tiada seorang pun di rumah berkenaan.

Selesai membersihkan diri, aku terus keluar dari bilik air. “Afif…afif…lewat kau balik hari ni? Kau keluar pergi makan dulu ke tadi?” Sambil aku mengeringkan rambut aku menyapa roommate aku. Yang menyeramkan, sebenarnya tiada siapa dibilik.

“Korang, jangan la main-main. Korang dah balik kan? Jangan la buat macam ni, serius tak kelakar jangan main-main boleh tak?” Tiba-tiba lampu bilik menjadi malap dan berkelip seketika sebelum beralih pula ke lampu tandas dan lampu di ruang tamu.

Tidak terhenti di situ, dia sekali lagi mendengar suara burung hantu dan bunyi seperti orang berjalan sambil menyeret kaki masuk ke ruangan bilik.

Aku cuba menarik selimut ke bawah secara perlahan-lahan. Tiada siapa dipintu bilik. Lampu di ruang tamu masih menyala Cuma lampu bilik saja sudah tidak menyala lagi. Belum sempat berbuat apa-apa, kaki kiri aku seolah dipegang sesuatu dari arah tepi katil.

Banyak pengalaman seram

Sekadar gambar hiasan

Pada ketika itu, dia terlihat satu sosok wanita dalam keadaan sangat menyeramkan di mana kepalanya sudah pecah dan matanya tersembul keluar. ‘Wanita’ misteri itu menyeret kakinya yang patah sambil memandang ke arahnya.

“Fir..fir..wey..rilex rilex kenapa ni? Wey fir ni aku afif, iwan dan epul ni. Kau kenapa? Kau okay tak?”soal teman serumah. Waktu aku cuba untuk berlari keluar dari rumah mereka telah pun berada diluar cuba untuk membuka pintu rumah. Belum sempat aku nak berkata apa, aku terus tajuh pingsan tidak sedarkan diri.

Difahamkan, ini bukan kali pertama kejadian seperti itu berlaku. Sebelum ini juga, ramai penduduk di flat berkenaan pernah berdepan dengan pengalaman seram seperti nampak kelibat orang ditingkat atas bangunan, nampak sosok wanita diparking bahagian bawah dan ternampak kelibat orang yang lalu didalam rumah sebelum hilang menembusi dinding.

Sumber: Firdaus Mohd (Kelab Cerita Hantu Malaysia)

SKIP THIS AD ×