berita

Pintu Rumah Terkunci Dari Dalam, Mayat Ditemui Terbaring Atas Katil

June 13th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Seorang lelaki yang dikenali dengan nama Nordin Abdullah telah ditemui meninggal dunia di atas katil di dalam sebuah rumah di Taman Desa Aman, Padang Meha yang terletak di Kedah.

Mayat terbaring atas katil

Menerusi laporan yang dipetik daripada Astro Awani, pihak bomba terpaksa memecah pintu rumah berkenaan untuk mengeluarkan mayat mangsa yang terkunci. Menurut sumber, kejadian itu disedari oleh jiran tetangga yang mengesyaki sesuatu selepas beberapa hari tidak melihat kelibat mangsa keluar dari rumah berkenaan. Mereka yang berasa bimbang kemudian telah membuat laporan polis berhubung ‘kehilangan’ mangsa yang berusia 62 tahun itu.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba 1 iaitu Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan mengenai kes berkenaan.

Pintu terkunci dari dalam

Difahamkan, keadaan menjadi sukar apabila mendapati pintu rumah mangsa terkunci dari dalam sehingga menyebabkan pihak bomba terpaksa menggunakan peralatan khas untuk memecahkan pintu tersebut. Mereka amat terkejut apabila melihat mangsa sudah terbaring di atas katil. Kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia kemudian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia dan mayatnya telah diserahkan kepada polis sebelum di hantar ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat.

Kejadian ini juga telah disahkan oleh Pemangku Ketua Polis Daerah Kulim iaitu Deputi Supritendan Safuan Md Noor. Difahamkan, kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Sumber: Astro Awani

SKIP THIS AD ×