Foto: Harian Metro
Seorang Pegawai Muda Kor Risik Diraja (KRD) disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bharu kerana mempunyai simptom strok haba.
Maut akibat strok haba
Foto: Harian Metro
Memetik laporan Berita Harian, Allahyarham Leftenan Muda Emil Syahid Iskandar, 24, mengalami pitam dan tidak sedarkan diri ketika menjalani kursus tempur pegawai muda di Kem Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) Kota Tinggi, Johor pada Jumaat lalu.
Difahamkan, Allahyarham kemudian dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.
Menurut sumber, jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Tasik Puteri, semalam.
Terdahulu, tiga daripada 10 penuntut yang menjalani kursus tempur pegawai muda di lapang sasar kem PULADA dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) kerana memerlukan rawatan rapi manakala tujuh peserta dihantar ke Hospital Kota Tinggi (HKT) selepas dipercayai mengalami simptom strok haba.
Sumber: Berita Harian