berita

PKP Fasa 4 Boleh Keluar 2 Orang

April 29th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Jika sebelum ini, hanya ketua keluarga sahaja yang dibenarkan untuk keluar membeli makanan, ubat-ubatan atau barangan keperluan harian. Terbaru, pihak kerajaan telah membenarkan seorang lagi ahli keluarga untuk turut bersama membeli barangan keperluan.

Ahli keluarga dari kediaman yang sama

Menerusi laporan Malaysiakini, memadangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah memasuki fasa ke-4 di negara ini, kerajaan mengikut kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi kebenaran setiap isi rumah hanya dua orang individu sahaja yang boleh keluar rumah untuk membeli barangan keperluan. Ianya berkuat kuasa mulai hari ini hingga 12 Mei depan.

Kebenaran yang diberikan itu berdasarkan kemas kini Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, yang diwartakan semalam. Namun begitu, individu yang keluar bersama itu mestilah merupakan ahli keluarga dari kediaman yang sama.

Hanya untuk membeli barangan keperluan

Sebelum ini, hanya seorang individu sahaja yang dibenarkan membeli barang keperluan di kawasan yang dijangkiti dan tidak boleh diiringi oleh individu lain kecuali jika wajar untuk dia ditemani. Peraturan yang dikemaskini itu juga memperluas barangan yang boleh dibeli oleh orang ramai.

Peraturan sebelum ini menyatakan bahawa orang ramai hanya boleh meninggalkan rumah mereka untuk membeli makanan, ubatan, vitamin atau keperluan harian. Walau bagaimanapun, peraturan terbaru menambah barangan dari mana-mana pembekal perkhidmatan penting ke dalam senarai berkenaan.

Sumber: Malaysiakini

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×