Semua sedia maklum, mulai 9 Oktober 2020, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah dilaksanakan di Mukim Klang. Segala aktiviti harian adalah dihadkan bagi mengawal wabak Covid-19 dari terus merebak di kawasan tersebut susulan beberapa kes yang meningkat di daerah itu.
Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila Pejabat Agama Klang dipenuhi ramai pasangan yang ingin menikah sebelum PKPB dilaksanakan tengah malam semalam.
118 pasangan menikah
Menerusi perkongsian Sheikh Ameer, Pejabat Agama Daerah Klang dipenuhi ramai pasangan sejak dari pagi hingga ke tengah malam. Di ruangan komen, seorang lelaki memaklumkan pejabat agama berkenaan menerima kunjungan pengantin sehingga 118 pasangan dalam masa sehari. Ini merupakan rekod terbanyak dalam sejarah.
Arahan pejabat agama
Menurut jurufoto tersebut, Pejabat Agama Daerah Klang mengarahkan pasangan yang sudah daftar nikah pada bulan Oktober melangsungkan pernikahan sebelum PKPB bermula hari ini. Walaubagaimanapun, mereka tetap mengikut SOP ditetapkan iaitu hanya membenarkan seramai 5 orang sahaja dalam satu masa.
Pejabat agama pun jem
Sumber : Sheikh Ameer Haziq