berita

‘PKPP Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2020’- Perdana Menteri

August 28th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Sebentar tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan perutusan khas berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang akan tamat tiga hari lagi. Menurutnya kes kawalan Covid 19 semakin dilihat semakin terkawal namun penularan global masih belum menunjukkan tanda-tanda pulih dalam masa terdekat.

Oleh itu, kerajaan memutuskan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan sehingga 31 Disember 2020.

Akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020

Menurutnya kes Covid 19 dilihat semakin terkawal dengan angka pulih makin tinggi. Malah ekonomi juga dilihat semakin bertambah baik di Malaysia. Menurut Tan Sri Muhyiddin, kejayaan hari ini adalah kerana hasil dari usaha ahli barisan hadapan (frontliner) yang bertungkus lumus memulihkan keadaan. Malah beliau juga berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang bertanggungjawab mematuhi SOP yang ditetapkan.

Walau bagaimanapun, penularan Covid 19 secara global masih belum dilihat akan berakhir dalam waktu terdekat. Oleh itu kerajaan memutuskan untuk melanjutkan lagi PKPP.

Kerajaan telah memutuskan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan sehingga 31 Disember 2020

Sebelum ini kerajaan melonggarkan PKP pada 4 Mei dengan mengumumkan PKP bersyarat (PKPB). Pada 10 Jun lalu, kerajaan mengumumkan PKPP sehingga ke 31 Ogos 2020.

Lintas langsung

Sumber : Berita Harian

 

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×