berita

Plan Pascabayar Konfem 4G, Konfem Unlimited Ni Confirm Buat Korang Puas Hati!

February 1st, 2019 | by Bieha
Kini Trending

Alamak, ada hal urgent ni, tapi tengah on the phone, line tersekat-sekat lah pulak! Langsung tak dapat dengar apa yang orang kat sana cakap. Nak video call pulak, langsung tak dapat connect. Lepas tu pulak, nak surf internet, sedar-sedar data dah habis. Arghhh!

Haa..siapa yang selalu berdepan dengan situasi ni? Leceh kan? Tapi, sekarang ni korang dah tak payah nak stress-stress dah, sebab kami ada jalan penyelesaian untuk masalah korang tu!

Sentiasa 4G dan TANPA HAD!

Kalau korang nak tahu, YES telah melancarkan 3 plan Pascabayar Konfem 4G, Konfem Unlimited iaitu : Konfem Unlimited 49, 79, dan 99 yang hanya menawarkan rangkaian 4G LTE tanpa had!

Haa..bagi korang yang menggunakan plan prepaid dan baru je nak bertukar ke plan pascabayar, korang bolehlah ambil plan Konfem Unlimited 49 yang bermula dengan hanya RM46 sebulan sahaja!

Image from YES

Bagi korang yang dah pun melanggan plan pascabayar sedia ada, jomlah upgrade ke plan Konfem Unlimited 79. Dengan hanya RM69 sebulan, plan ni dilengkapi dengan pilihan panggilan suara yang sesuai untuk golongan profesional atau ahli perniagaan.

Kalau korang adalah pengguna tegar internet pulak, korang memang kena try plan Konfem Unlimited 99 ni. Dengan hanya RM99 sebulan, korang akan nikmati pengalaman data internet 4G terbaik!

Line putus-putus? Kini, dah takde masalah!

Bukan saja rangkaian berkelajuan 4G LTE, tapi korang juga boleh nikmati panggilan TANPA HAD iaitu Voice over LTE (VoLTE) yang menjanjikan panggilan lebih jelas dan berdefinisi tinggi! Jadi, dah takde masalah line putus-putus bila tengah on the phone tu.

VoLTE juga menawarkan sambungan panggilan 2 hingga 3 kali lebih cepat ke talian panggilan pilihan korang tau. Yang lagi best, kualiti video call pun adalah 10 kali lebih jelas! Kalau dah lenguh tangan bervideo call tu dan rasa nak tukar kepada voice call pun takde masalah. Boleh terus tukar. Cool kan?

Tak hairanlah kalau VoLTE oleh YES ni dianugerahkan sebagai ”Most Innovative Voice Server” oleh Telecoms Asia Awards 2017.

Ada lagi yang best…

Untuk pengetahuan korang, YES ni adalah satu-satunya pengendali rangkaian mudah alih IP di Malaysia yang membolehkan penggunaan data dan panggilan secara serentak! Ini bermakna, korang boleh..

  • Aktif menggunakan Waze apabila menjawab panggilan
  • Buka e-mail apabila menjawab panggilan
  • Melayari internet dan berbual pada masa yang sama

Memang korang tak perlu ragu-ragu lagi dengan kemudahan dan kelajuan rangkaian YES 4G di Kuala Lumpur ni! Jadi, apa lagi yang korang tunggu, jomlah langgan plan pascabayar Konfem 4G, Konfem Unlimited untuk merasai pengalaman hebat servis rangkaian 4G LTE dari YES.

Untuk maklumat lanjut, layari Facebook YES ataupun laman web rasmi YES.