berita

Platform FastJobs Ni Menyediakan Tawaran & Peluang Pekerjaan Menarik Untuk Korang!

October 13th, 2021 | by Syakilla Marzuki
Kini Trending

Dalam keadaan negara yang tengah mencabar sekarang ni, ramai juga yang hilang punca pendapatan mereka. Lebih terkesan para graduan yang baru saja ingin menapak ke alam pekerjaan sepanjang tempoh pandemik, mereka sangat memerlukan pengetahuan dan bantuan agar mudah mendapat kerja dalam bidang yang sesuai.

Ada juga yang menghabiskan waktu di rumah untuk mencari kerja kosong di media sosial bagi mencari peluang kerjaya semula kan? Haa…kalau korang nak tahu, ada satu platform yang dinamakan FastJobs ni boleh bantu korang untuk dapatkan banyak tawaran pekerjaan tau. Jom tengok dulu apa lagi yang menarik!

Pengambilan pekerja & sesi temuduga secara online!

Sebelum ini, kebanyakan temuduga banyak dilakukan secara fizikal. Tapi berbeza kalau melalui FastJobs ni. Mereka akan membantu syarikat mengumpulkan calon dan memfasilitasi sesi temu ramah tersebut.

Syarikat Jonetz by Don Don Donki adalah salah satu sebuah syarikat yang dah berjaya rekrut lebih dari 300 orang pekerja dan kini mereka nak buka lagi 600 jawatan kosong bagi cawangan mereka yang lain dan bakal dibuka tak lama lagi. 

Semuanya melalui FastJobs nilah! Kalau korang minta kerja dekat situ, korang hanya perlu tunggu panggilan saringan dan kemudian mereka akan mengadakan sesi temu ramah secara online dengan majikan. Mudah sangat, korang memang kena cuba!

Nak jadi sebahagian keluarga Jonetz by Don Don Donki, boleh join sekarang!

Apa itu Jonetz by Don Don Donki? Kalau korang nak tahu, ia adalah sebuah pasar raya besar yang menjual produk yang berkualiti dari Jepun. Mereka mempunyai lebih 600 cawangan di luar negara. Kini, cawangan terbaru mereka di Malaysia pun dah ada tau! Akan datang, lebih banyak lagi cawangan akan dibuka dan salah satunya adalah di Tropicana Gardens Malls.

Haa…ada tak antara korang yang minat dengan budaya-budaya Jepun ni? Kalau ada, sesuai sangat lah sebab Jonetz by Don Don Donki sekarang tengah mencari lebih lagi pekerja untuk bekerjasama dengan mereka. Antaranya jawatan yang disediakan adalah:

  • Kitchen Helper
  • Fish Cutter
  • Butcher
  • Cook
  • Chef De Partie
  • Sales Associates
  • Senior Sales Associates
  • Supervisor / Team Leader
  • POP Artist
  • Cashier
  • Chief Cashier
  • Cash Office Administrator
  • Store Admin
  • Store Keeper

Haa…buat korang yang lepasan sekolah, graduan atau siapa-siapa saja yang nak mencari pendapatan tu, boleh lah cuba. Lagi-lagi yang tinggal di kawasan Lembah Klang tu. Mudah korang nak pergi kerja nanti.

Jom bina kerjaya korang dengan Jonetz by Don Don Donki ni! Apply je melalui FastJobs!

Apa lagi tunggu, sekiranya korang berminat untuk menjadi sebahagian dari tenaga kerja Jonetz by Don Don Donki ni, boleh la layari laman web mereka di sini atau nak lebih mudah proses untuk memohon, korang boleh terus WhatsApp mereka saja.

SKIP THIS AD ×