berita

‘Please Stop Fitnah, Dia Wanita Tulen Dan Ibu Kandung Kepada Dua Anak Saya’ – Bekas Suami

October 23rd, 2019 | by Amat
Kini Trending

Baru-baru ini, viral video dan foto seorang wanita berkebaya kelihatan berada di pejabat Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Bukan sahaja dikaitkan mempunyai hubungan istimewa, ada segelintir netizen membuat tuduhan jahat bahawa wanita tersebut seorang transgender.

Susulan daripada itu, bekas suami kepada wanita berkenaan iaitu Nasir Yaacob menerusi akaun Facebook miliknya tampil membuat kenyataan dalam mempertahankan bekas isterinya, Cleo Patra. Malah, dia turut menyuruh agar netizen menghentikan segala fitnah dan dakwaan yang mengatakan Cleo Patra sebagai transgender.

Dia perempuan tulen

Posting yang dimuatnaik Nasir Yaacob ini menyatakan wanita yang viral ketika menghadiri ke pejabat Menteri Belia dan Sukan itu adalah bekas isterinya dan bukan transgender yang diwar-warkan netizen. Malah, lelaki ini juga mengakui wanita tersebut merupakan ibu kepada 2 orang anaknya.

Stop fitnah dia!

Tambah Nasir Yaacob, dia menyarankan agar netizen berhenti menabur fitnah sebaliknya biarkan wanita tersebut meneruskan kehidupan dan kerjayanya.

Netizen dah salah orang

Ingin saya jelaskan bahawa saya bukan lagi suaminya. Please stop fitnah, PM & WA kata saya dayus membiarkan bini berpakaian atau berposing dalam IG seperti itu kerana umum maklum bahawa dia bertudung semasa dia menjadi isteri saya.

Cinta dan jodoh kami tidak sampai ke Syurga dan Allah menentukan segalanya. Sekarang, dia bukan isteri saya lagi dan biarlah dia dengan dunia glamournya.

Please stop segala fitnah yang dilemparkan kepada dia. Dia adalah wanita tulen dan ibu kandung kepada anak-anak saya. Anak kedua kami lahir di Gleneagles KL yang disambut oleh Datin Dr Suhaiza Salleh.

Gambar IC transgender yang dikaikan dengan dia tu, bukan IC dia. Netizen dah salah orang. Dia bukan orang yang dalam IC transgender tu. Sebaiknya netizen doakan yang baik-baik saja bukannya mencaci atau menabur fitnah.

Sebaiknya mohonlah kemaafan daripada beliau kerana dosa memfitnah lebih berat daripada membunuh. Doakanlah yang baik-baik. InsyaAllah semuanya akan baik-baik saja.

Sumber: Nasir Yaacob

SKIP THIS AD ×