berita

PLUS Jangka 2 Juta Kenderaan Menjelang Aidilfitri

April 14th, 2022 | by khairil
Kini Trending

Foto: Berita Harian

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menyarankan orang ramai supaya membuat perancangan untuk pulang ke kampung lebih awal bagi mengelakkan mereka terperangkap dalam perjalanan ke destinasi masing-masing sempena Aidilfitri.

Buat perancangan awal

Foto: Utusan 

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, PLUS menganggarkan jumlah trafik harian boleh meningkat sebanyak 25 peratus kepada 2 juta kenderaan sehari berbanding 1.6 juta sehari pada ketika ini.

Oleh itu, kami menyarankan agar orang ramai supaya membuat perancangan awal dan pulang ke kampung lebih awal.

Pasukan Operasi lebuhraya kami juga telah bersiap siaga dan bersedia untuk membantu orang ramai pulang ke kampung pada cuti perayaan Aidilfitri yang amat dinanti-nantikan tahun ini.

Ia membabitkan pendekatan holistik yang merangkumi pelbagai aspek termasuklah adaptasi teknologi untuk meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan orang ramai.

Sehubungan dengan itu, PLUS akan turut mengeluarkan Jadual Waktu Perjalanan (TTA) dalam tempoh yang terdekat bagi membantu orang ramai merancang perjalanan Balik Kampung dan Balik Kota masing-masing pada musim perayaan ini.

Sumber: PLUS

 

SKIP THIS AD ×