berita

Pokok RM50k Depan Rumah Kena Curi, Wanita Ini Rayu Bantu Cari – ‘Saya Kenal Corak & Saiz Pokok Tersebut’

September 15th, 2021 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Foto: Rus Majida Hassan

Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Rus Majida Hassan menerusi satu hantaran di Facebook, tampil menceritakan pokok-pokoknya yang berharga dipercayai telah dicuri individu yang tidak bertanggungjawab. Difahamkan, harga bagi ketiga-tiga pokok tersebut adalah RM50k.

Kes curi pokok

Foto: Rus Majida Hassan

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku semalam, di Kuala Terengganu, dan wanita ini turut memperincikan setiap nama tanamannya yang dikenali sebagai Monstera Albo Marble (daun putih hijau besar berlubang-lubang), Monstera Aurea Marble (daun kuning hijau besar berlubang-lubang), dan Monstera Albo Halfmoon (daun sebelah hijau sebelah putih).

Laporan polis telah dibuat dan saya amat memerlukan pertolongan sekira ada sesiapa yang mengenali saudara/jiran/rakan yang tiba-tiba ada menanam pokok ini di rumah atau terjumpa posting di mana-mana platform untuk menjual pokok sebegini, sila segera maklumkan kepada saya.

Mengulas lebih lanjut, wanita ini menjelaskan dia amat mengenali pokok-pokok tersebut berikutan corak khas dan saiz pokok tersebut yang mustahil untuk dimiliki oleh orang lain.

Pokok ini tiada dijual di nurseri biasa dan saiz pokok yang dicuri sangat sukar didapati.

Harap pencuri dibawa ke muka pengadilan

Foto: Rus Majida Hassan

Wanita ini pada masa yang sama, turut memohon bantuan daripada orang ramai supaya si pelaku dapat dibawa ke muka pengadilan. Difahamkan, pokok-pokok berkenaan telah dibela hampir tiga tahun bagi mencapai saiz yang diinginkan dan perkara tersebut membuatkan pokok-pokok tersebut mudah dicam oleh pemiliknya.

Terima kasih kepada semua yang sejak petang semalam sehingga ke saat ini bertubi-tubi membantu saya untuk menjejaki pokok-pokok ini dan memberikan kata-kata semangat buat saya. Hampir rebah rasanya sewaktu menyedari kejadian yang berlaku.

Kepada si pelaku sekiranya anda membaca tulisan saya, sila pulangkan pokok saya seperti sedia kala atau saya tidak akan memaafkan anda dunia akhirat dan berdoa agar anda menerima balasan yang setimpal dunia akhirat.

Di akhir posting tersebut, wanita ini turut mendoakan agar pokok-pokok tersebut tidak akan hidup subur jika ditanam oleh individu yang bertindak mencurinya.

Sungguh saya tidak reda dengan perbuatan anda yang menceroboh kawasan rumah dan mencuri pokok-pokok kesayangan saya. Bertaubatlah!

Sumber: Rus Majida Hassan

SKIP THIS AD ×