Beberapa individu dikhuatiri terperangkap selepas kenderaan dihempap pokok tumbang akibat hujan lebat dalam satu kejadian di Jalan Sultan Ismail, pada petang Selasa.
Pokok terhempap
Memetik laporan Berita Harian, insiden cemas itu dipercayai melibatkan hampir 10 kenderaan dan difahamkan, laluan kedua-dua hala di lokasi kejadian ditutup buat sementara.
Setakat ini, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, sudah menggerakkan beberapa jentera dan anggotanya ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.
Selain beberapa kenderaan, pohon daripada pokok berkenaan dilaporkan turut menghempap landasan monorel.
Terdapat dua orang mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh anggota, mangsa pertama seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun disahkan meninggal dunia. Manakala mangsa kedua lelaki tempatan, 26, mengalami kecederaan telah diserahkan kepada pihak paramedik.
Sumber: Berita Harian