berita

‘Poligami Adalah Sesuatu Yang Allah Beri Untuk Perbetulkan Kesilapan’ – Netizen Migrain Baca Kenyataan Abang Tesla

August 21st, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

abang tesla

Pempengaruh media sosial, Abang Tesla telah mengundang kecaman warganet apabila memuat naik video tiga jam sebelum berkahwin kali kedua malah sempat menunaikan solat subuh dengan isteri pertama.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abang Tesla Dapat Restu Kahwin Kali Kedua -‘3 Jam Sebelum Nikah, Solat Subuh Bersama Diiringi Air Mata’

Undang kekeliruan

Abang Tesla kahwin 2

Tindakan sanggup menduakan isteri pertama, Nurmajdina Jamari selain menekankan sudah mendapat restu sama kali mendapat tentangan rata-rata yang menonton.

Apa yang lagi menarik, ada segelintir netizen yang tidak berpuas hati dengan potongan ayat yang dimuat naik dalam video terbabit.

Poligami adalah sesuatu yang Allah beri untuk memperbetulkan apa yang silap.

Di ruangan komen, rata-rata wargamaya pening dengan ayat membetulkan kesilapan. Bagi mereka, sekiranya ingin memperbaiki kesalahan dengan berbincang dengan isteri bukanlah ‘tambah cawangan.’

Di samping itu, mereka juga mempersoalkan di mana Abang Tesla menuntut ilmu sebelum nekad untuk berpoligami.

Sebelum ini, Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam Yusry telah mengejutkan pengikutnya apabila mengumumkan sudah bernikah sekali lagi.

Menurut Abang Tesla, isteri pertamanya reda dan hanya menjaga aibnya sebagai suami.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×