berita

Polis Beri Amaran Individu Langgar SOP PKPB Bakal Dikompaun Serta Merta

October 15th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya bermula 14 Oktober sehingga 27 Oktober dilaksanakan semula bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19.

Terbaru, individu-individu yang didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika Sekatan Jalan Raya (SRJ) dibuat akan dikompaun serta-merta oleh pihak polis.

Kompaun dikenakan

Memetik laporan Sinar Harian, tindakan tegas itu akan diambil selepas jam 10 malam selaras dengan pelaksanaan PKPB yang telah bermula semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Tabi, untuk SJR pada waktu siang akan lebih longgar berbanding pada waktu malam, di mana waktu siang orang keluar bekerja. 10 sekatan jalan raya juga akan dilaksanakan di seluruh daerah Shah Alam sepanjang tempoh 14 hari PKPB dilaksanakan.

Sekatan jalan raya

Gambar sekadar hiasan

Selain itu, pihak polis juga akan melaksanakan sekatan di empat lokasi utama bagi memastikan orang ramai patuh akan setiap arahan. Empat lokasi tersebut ialah di Persiaran Kayangan Seksyen 7, Persiaran Tengku Ampuan Seksyen 26, Plaza Tol Shah Alam dan Plaza Tol Setia Alam.

Seramai 250 anggota dan pegawai terlibat termasuk Unit Kereta Peronda, Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan Unit Pematuhan PKPB Op Covid-19 akan terlibat sepanjang PKPB berlangsung.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×