berita

Polis Buru Individu Pandu, Tinggalkan Kereta Nik Khatijah Di Stesen Minyak

March 9th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Kereta Pengurus Jabatan Advokasi Ikram, Nik Khatijah Nik Mud yang dibunuh ditemui di parkir belakang sebuah stesen minyak di Jalan Reko, Sentral 1, di Kajang lebih 1 kilometer (km) daripada lokasi mayatnya ditemui.

Menerusi laporan Harian Metro, timbul persoalan siapakah yang memandu dan meletakkan kenderaan tersebut di kawasan berkenaan, adakah pembunuh Nik Khatijah?

Dapat merungkai misteri

Sekadar gambar hiasan

Polis masih mengesan siapa yang meletakkan kenderaan itu di sini (parkir stesen minyak). Adakah pembunuh? Kita percaya penangkapan individu yang menggunakan kereta mangsa ini dapat merungkai misteri pembunuhan Nik Khatijah,” katanya memaklumkan, kereta milik Nik Khatijah itu ditemukan rakan sekerja mangsa.

Menurut laporan tersebut, pihak berkuasa sudah memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) namun ianya tidak fokus ke lokasi kenderaan tersebut dan tidak membantu siasatan. Tambah pihak berkuasa, mayat mangsa juga ditemukan rakan sekerja mangsa di rumahnya. Sebelum ini, Nik Khatijah dilaporkan hilang dan tidak datang ke pejabat sebelum rakannya melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

Rakan sekerja yang bimbang dengan keselamatan Nik Khatijah bertemu pemilik rumah dan meminta kunci premis itu. Usaha mereka itu akhirnya menemukan mayat mangsa di bilik ampaian baju di tingkat bawah rumah teres dua tingkat di Taman Bangi, Jalan Reko. Mayat mangsa ditemukan lengkap berpakaian,

Pada masa yang sama, pasukan siasatan menolak kemungkinan pembunuhan itu berkaitan dengan kes samun.

Tiada senjata pembunuhan

Ini kerana komputer riba, beg tangan dan lain-lain barangan berharga mangsa tidak hilang. Malah, rumah (lokasi kejadian pembunuhan) juga tidak dipecah masuk. Tiada langsung tanda pecah masuk. Ini bukan kes samun,” katanya.

Tiada senjata pembunuhan lain ditemukan di lokasi kejadian. Hanya ada kesan lebam di anggota badan mangsa yang tidak terlalu ketara.

Pihak berkuasa turut menemui sebuah kabel plug elektrik yang dipercayai digunakan suspek untuk menjerut leher mangsa hingga maut. Sehingga kini, pihak berkuasa juga sedang memburu dan mencari petunjuk yang boleh merungkai kes pembunuhan berkenaan.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×