Siren berbunyi, lampu berkelip, kejar mengejar di jalan raya! Siap sedia untuk aksi yang lebih menegangkan, konflik yang lebih rumit, dan kisah yang lebih menyentuh hati yang akan membawa penonton lebih dekat dengan realiti kehidupan anggota polis.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Yusof Haslam Sebak Kongsi Perjalanan Hidup Sebelum Berjaya – ‘Mak, Adik-Beradik & Bapa Mentua Banyak Bantu Saya’
Artikel Berkaitan: Keluar Dari Zon Selesa, Afif Tirmizie Teruja Nyanyi OST Drama Aksi ‘Polis Peronda’
Drama penuh aksi
Drama penuh aksi, Polis Peronda kini kembali dengan musim baharu yang akan membawa penonton meneroka dunia kepolisan dengan pelbagai cabaran peribadi setiap anggota peronda sambil mempamerkan kekuatan mental dan fizikal pasukan polis dalam menghadapi ancaman jenayah, hubungan keluarga, konflik dalaman dan moraliti.
Penonton diajak menyelami kehidupan sehari-hari anggota polis yang berjuang menjaga keamanan dan ketertiban masyarakat. Episod-episodnya menonjolkan kisah keberanian dan pengorbanan setiap anggota, merungkai sisi manusiawi di sebalik uniform mereka.
Dari masalah keluarga yang merumitkan hingga misi berbahaya yang mengancam nyawa, setiap plot menampilkan emosi tulus dan perjuangan sebenar mereka di medan tugas.
Saksikan bagaimana mereka berjuang menjaga keamanan dan ketertiban sambil menghadapi pelbagai cabaran, dari ancaman jenayah hingga masalah keluarga. Bukan sekadar hiburan, Polis Peronda mencungkil kisah-kisah yang lebih kompleks dan relevan dengan isu-isu sosial.
Selain aksi-aksi saat bertugas, penonton juga akan menyaksikan sisi manusiawi para anggota polis yang berjuang dengan masalah peribadi dan dilema moral.
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan setiap episod yang penuh dengan aksi, inspirasi dan pengajaran bermula pada 4 Oktober 2024, setiap hari Jumaat 10.30 malam, namun bermula pada 22 November 2024. Polis Peronda akan bersiaran pada pukul 10.00 malam. Anda juga boleh strim episod baharu 24 jam lebih awal di Tonton.
Menyelinap ke lokasi panas
Musim baharu ini bermula dengan kisah tentang Lans Kopral Husin (Kodi Rasheed) mengambil risiko besar dengan menyelinap ke lokasi panas untuk memantau aktiviti yang disyaki sebagai tempat pengedaran dadah.
Tindakannya yang mengundang bahaya bertukar menjadi mimpi buruk apabila dia diserang secara tiba-tiba oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali. Insiden ini bukan sahaja membahayakan nyawanya, tetapi juga menimbulkan persoalan mengenai keselamatan dan keberanian anggota kepolisan dalam menjalankan tugas melindungi masyarakat.
Sementara itu, Kopral Bani (Shah Iskandar) turut bergelut dengan masalah keluarga apabila anak perempuannya mula terjebak dalam pengaruh negatif dari rakan-rakannya.
Shiba menghabiskan masa sering keluar rumah dan berpoya-poya dengan rakan-rakannya. Masalah ini menjadi sukar buat Kopral Bani sebagai seorang bapa yang ingin melindungi anaknya. Apakah tindakan yang akan diambil Kopral Bani demi melindungi anaknya itu? Berjayakah beliau menangani masalah ini dan memastikan keluarganya kekal utuh?
Polis Peronda dihasilkan dengan kerjasama erat antara Skop Productions Sdn. Bhd, TV3, dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), menjadikan drama ini realistik dan penuh dengan perincian dunia kepolisan.
Di sebalik kejayaan Polis Peronda adalah dengan mempunyai pasukan solid, dipimpin oleh penerbit dan pengarah terkemuka tanahair, Datuk Yusof Haslam, bersama Syafiq Yusof, dan C. Kumaresan.
Dengan pengalaman yang luas dalam industri perfileman, mereka berhasil menerbitkan drama yang berkualiti dan menghiburkan serta membawa karya ini ke tahap yang lebih tinggi. Dengan dibarisi pelakon yang berwibawa seperti Shah Iskandar, Puteri Sarah, Ali Reza, Ramona Zamzam, Raja Afiq, Soffwany Yusoff, Kodi Rasheed dan ramai lagi, Polis Peronda terus memikat penonton dengan penceritaan yang tulus dan berani.