Polis mengesahkan kematian anggota polis berpangkat Sarjan yang ditemui dengan tiga kesan tembakan pada leher, dada dan kepala di belakang bangunan Balai Polis Bayan Lepas, pada 19 Februari tiada sebarang elemen jenayah.
Artikel Berkaitan: Anggota Polis Ditemui Maut, Dipercayai Tembak Diri Sendiri Dengan Pistol
Artikel Berkaitan: Mayat Sarjan Polis Tertembak Diri Sendiri Dibawa Pulang Ke Sarawak
Kematian tiada unsur jenayah
Sekadar gambar hiasan
Menurut Ketua Polis Negeri iaitu Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, siasatan berhubung kes tersebut telah selesai dan kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Siasatan sudah selesai yang mana kesan bedah siasat serta lawatan (ahli) patalogi ke tempat kejadian konsisten dengan dapatan pertama bahawa ia adalah tindakan bunuh diri.
Jadi, tiada lagi spekulasi (yang mengaitkan) dengan elemen jenayah dan sampai di sini saja siasatan, kita hanya akan hantar inkues saja selepas itu.
Terdahulu, mayat Sarjan Jana Anak Milie ditemukan dengan kesan tembakan pada kepala, leher dan dada di belakang bangunan Balai Polis Bayan Lepas sekitar jam 3.30 petang. Mendiang disyaki menembak diri sendiri dengan menggunakan sepucuk pistol yang turut ditemui di lokasi kejadian.
Sumber: Harian Metro