Pihak polis mengesahkan telah memberi kebenaran kepada pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa dan suaminya, Haris Ismail ke Pulau Langkawi atas urusan kerja.
Artikel Berkaitan: Selepas Foto Tersebar, Polis Siasat Dakwaan Neelofa & PU Riz ‘Honeymoon’ Di Pulau Langkawi
Memetik laporan Berita Harian, kebenaran tersebut turut diberikan kepada beberapa individu lain yang merupakan wakil syarikat yang terlibat.
Bukan pergi honeymoon
Menurut Timbalan Ketua Polis Darah Brickfields, Supritenden Basri Sagoni, keempat-empat individu yang terlibat termasuk Neelofa dan suami diberikan permit merentas negeri ke Langkawi bermula daripada 27 Mac hingga 4 April.
Neelofa bersama wakil syarikat dijadualkan berada di Langkawi bermula dari 29 Mac hingga 2 April dan dijangka akan melawat cawangan Chatime di Sungai Petani dan Kangar pada 3 April. Difahamkan, permohonan perjalanan tersebut dibuat oleh wakil sebuah syarikat produk minuman terkenal iaitu Chatime Malaysia.
Melawat pembukaan cawangan baru
Foto: IG Story Neelofa
Jelasnya lagi, perjalanan tersebut adalah atas urusan kerja dan bukannya berbulan madu seperti yang didakwa sebelum ini.
Syarikat terbabit turut mengeluarkan surat memaklumkan nama Neelofa dan tiga yang lain berserta nombor kad pengenalan sebagai mewakili mereka untuk melawat kawasan Chatime yang akan dibuka.
Sementara itu, menerusi akaun Instagram Chatime Malaysia, mereka turut mengeluarkan satu kenyataan rasmi memaklumkan tentang isu yang melibatkan pasangan pengantin baru itu. Jelasnya, mereka akan membuat lawatan kerja pembukaan tiga cawangan baru di Zon Utara. Bukan itu sahaja, mereka juga sudah mendapat kebenaran merentas negeri daripada pihak polis dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.
Kenyataan rasmi Chatime Malaysia
Sumber: Berita Harian, Chatime Malaysia