Selebriti lelaki yang ditahan di sebuah rumah teres di Cyberjaya bersama dua peket lutsinar disyaki ganja difahamkan sudah lapan tahun menagih.
Artikel Berkaitan: Pelawak Along Cham Ditahan Polis, Disyaki Miliki Ganja Dalam Rumah
Artikel Berkaitan: Selebriti Lelaki Berusia 41 Tahun Ditahan Di Cyberjaya Disyaki Miliki Ganja, Ujian Air Kencing Positif Dadah
Lapan tahun menagih
Menurut Ketua Polis Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman, soal siasat ke atas lelaki terbabit mendapati dia terbabit dalam penagihan dadah sejak lapan tahun lalu.
Serbuan dijalankan di rumah teres itu yang juga kediaman didudukinya. Polis kini sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.
Tambah Norhizam, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Bekas peserta rancangan realiti televisyen itu direman lima hari bermula semalam.
Terdahulu, media melaporkan selebriti lelaki ditahan di sebuah rumah teres bersama dua peket lutsinar disyaki ganja.
Dia ditahan selepas sepasukan anggota Bahagian Siasatan dan Jenayah IPD Sepang membuat serbuan pada jam 3.10 petang dan menahan suspek berusia 41 tahun itu.
Siasatan polis menemui dua peket lutsinar yang setiap satunya mengandungi leraian disyaki daun ganja anggaran berat keseluruhan 60.3 gram.
Hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati positif dadah tetrahydrocannabinol (THC).
Sumber: Harian Metro