berita

Polis Siasat Video Wanita Dibelasah Di Tangga

August 1st, 2023 | by Yong
Kini Trending

Wai

Gambar sekadar hiasan

Polis giat menjalankan siasatan berhubung satu video yang tular di media sosial membabitkan seorang wanita muda dipukul oleh beberapa individu di tangga.

Artikel Berkaitan: Ngeri! Tukang Cuci Maut Jatuh Tingkat 29, Kepala Putus

Artikel Berkaitan: Budak 2 Tahun Mati Kebuluran, Dikurung Bapa Kaki Botol

Masih dalam sisatan

Gambar sekadar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, video viral telah dimuat naik menerusi akaun Facebook milik ‘Wyman Wyman’ pada jam 12 tengah hari, 31 Julai.

Dikatakan, video tersebut dikesan selepas polis menerima satu laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun pada 10 malam yang menyatakan mangsa di dalam video berkenaan adalah anaknya.

Tambah beliau, mangsa berumur 24 tahun telah keluar dari rumahnya di kawasan George Town pada Disember 2022 kerana masalah keluarga. Sehingga kini, masih tidak dapat dihubungi oleh bapanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (kesalahan merusuh) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil ke IPD Timur Laut untuk membantu siasatan.

Polis juga menasihatkan orang ramai agar tidak menularkan rakaman video berkenaan untuk mengelakkan sebarang spekulasi.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×