berita

Polis Siasat Wanita Kongsi Borang Rentas Negeri ‘Kosong’, Didakwa Palsukan Tandatangan

April 8th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Semalam, di media sosial tular satu borang kebenaran rentas negeri yang didakwa telah diluluskan oleh pihak polis, tanpa perlu diisi mengenai maklumat individu tersebut. Perkara tersebut secara tidak langsung menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen mengapa individu tersebut diberikan pelepasan seumpama itu.

Susulan daripada itu, menerusi kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Kemamam, Supritendan Hanyan Bin Ramlan, menjelaskan terdapat pemalsuan tanda tangan milik Ketua Balai Polis Chukai, Inspektor Mohamad Ramizan Bin Ramli.

Pemalsuan tanda tangan dibuat

Jelasnya lagi, borang tersebut diberikan kepada seorang perempuan yang bakal ke Kuala Lumpur bagi menghadiri satu temu duga pekerjaan pada hari ini.

Bahkan, satu kertas siasatan akan dibuka berhubung pemalsuan yang dibuat di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan (pemalsuan bagi hendak menipu) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian).

Kenyataan media

Sumber: Ibu Pejabat Polis Kemamam

SKIP THIS AD ×