berita

Polis Tahan Lelaki Mengamuk Pecahkan Cermin Kereta, Dipercayai Ada Masalah Mental

March 16th, 2021 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Foto: Tangkap layar video

Semalam, tular satu klip video di mana berlakunya pergaduhan di antara seorang pemandu wanita dengan seorang penunggang motosikal. Video yang berdurasi satu minit 38 saat itu, memaparkan tindakan seorang lelaki yang begitu ‘marah’ dengan memecahkan cermin menggunakan topi keledar dan merosakkan kereta wanita itu.

Klip video tersebut telah meraih pelbagai respon daripada warganet yang begitu ‘terkejut’ melihat aksi lelaki itu. Kejadian tersebut berlaku di Pekan Parit Jawa, Muar.

Telah ditahan oleh pihak polis

Foto: Tangkap layar video

Menerusi laporan yang dipetik daripada Harian Metro, pihak polis telah menahan lelaki tersebut susulan tindakan luar kawalannya yang dilakukan berhampiran persimpangan lampu isyarat. Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip, kejadian tersebut berpunca daripada perselisihan faham yang berlaku antara mereka berdua

Punca kejadian adalah berkaitan cara pemanduan kenderaan masing-masing yang menyebabkan suspek bertindak agresif dengan memecahkan cermin hadapan kereta mangsa.

Suspek juga memecahkan cermin sisi kereta sebelah pemandu dan merosakkan bonet hadapan kereta mangsa dengan menggunakan topi keledarnya.

Dipercayai mengalami masalah mental

Sekadar gambar hiasan

Susulan penahanan yang dibuat, pihak polis kemudiannya telah menghantar suspek ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar, kerana dia dipercayai mengalami masalah mental dan masih menerima rawatan di hospital.

Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya memuat naik gambar, video dan kenyataan di laman sosial sehingga tular yang boleh menimbulkan salah faham dan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×