berita

Polis Tunggu Arahan TPR Kes Sharnaaz Didakwa Tumbuk ‘Guard’

October 4th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, pelakon, Sharnaaz Ahmad tampil memberi penjelasan mengenai isu dia melakukan kekerasan terhadap penghuni di kondominium di Segambut. Menurut Sharnaaz, dia tidak menumbuk, mencekik, memijak atau menendang perut individu berkenaan.

Artikel berkaitan: ‘Saya Tidak Memijak, Menendang Perut, Mencekik Ataupun Menumbuk’ – Sharnaaz Ahmad

Artikel berkaitan: Tak Mahu Terbabit Sebarang Masalah, Sharnaaz Ahmad Guna ‘Bodyguard’ – ‘Dia Kena Cepat-Cepat Tarik Saya’

Terbaru, pihak polis masih menunggu arahan selanjutnya selepas kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) berhubung isu tersebut.

Masih belum terima keputusan

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, pihaknya masih belum menerima keputusan daripada pejabat TPR. Terdahulu, Sharnaaz direman tiga hari selepas disyaki menumbuk dan menendang pengawal keselamatan di kondominium di Segambut. Pelakon itu ditahan selepas mangsa yang juga penghuni kondominium tampil membuat laporan polis mendakwa dipukul suspek dan terdapat kesan lebam di mukanya.

Difahamkan, kejadian bermula apabila mangsa meminta rakannya membeli minyak masak. Bagaimanapun rakannya itu tidak dibenarkan masuk oleh pengawal keselamatan di kondominium terbabit menyebabkan berlaku pertengkaran antara mangsa dengan pengawal keselamatan itu. Kebetulan ketika kejadian, Sharnaaz melihat insiden terbabit dan datang menegur mereka sebelum timbul dakwaan Sharnaaz bertindak menumbuk mangsa.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×