Susulan viral video lucah yang dikaitkan dengan seorang menteri Malaysia, Khairy Jamaluddin turut meluahkan rasa kecewa dengan politik hari ini. Video yang didakwa dirakam di sebuah hotel itu turut menimbulkan tanda tanya orang ramai yang rata-ratanya terkejut dengan adegan di ranjang itu.
Menurut Ahli Parlimen Rembau, pekerjaan sebagai seorang ahli politik pada hari ini bukanlah pekerjaan senang kerana suasana politik Malaysia pada ketika ini berada pada tahap terlalu busuk.
Politik kotor
Kerja politik sekarang mencabar. Kadangkala ia kotor, kadangkala ia teramat keji. Betul-betul di tahap paling busuk. Adakah kita mahu dedahkan generasi lain dengan fitnah keji demi menjatuhkan watak seseorang? Kejahatan hanya akan rancak sekiranya diberi perhatian.
Khairy Jamaluddin meluahkan rasa kecewa dengan apa yang berlaku dalam politik hari ini. Dia turut persoalkan kepada mana-mana pihak dalam politik perlu ke menunjukkan contoh begini kepada generasi akan datang semata-mata untuk menjatuhkan seseorang.
Respon netizen
Ramai sokong KJ
Sumber :KJ