Bertemakan kafe dalam air, lokasi menarik di Gerik Perak ini bukan sahaja menyajikan makanan tengah hari yang lazat malah pengunjung juga boleh beriadah bersama keluarga. Terletak di Sungai Beruk, Kampung Padang Stang, orang ramai boleh memilih untuk menginap di chalet dengan harga RM140 bagi satu malam.
Untuk makan tengah hari pula, harga bagi satu set hanyalah RM100 untuk empat orang makan. Jom tengok pengalaman menarik yang dikongsikan Arena Zarifah ini. Seronoknya!
Makan sambil mandi manda
Mother Nature At Its Best. Castella Cafe, Air Beruk, Kg. Padang Stang, Gerik
Comfortable Room Rate = RM140/night
Lunch Set (Makan Kaki Rendam Dalam Air) = RM100/4 paxs
Lunch set
For those yang datang bukan takat makan, mandi manda pun boleh. Dan ada rakit, good spot for the gram taw.
Port nak bercuti boleh mandi sungai sambil makan makan atas meja dalam anak sungai di Gerik. Pekena pulak menu kampung yang serious kena anak tekak kami laki bini, memang temptating betul. Antara menu dalam set kami – nasi masak dalam buluh, ikan sebarau bakar, masak lemak ikan baung, ulam ulaman, pekasam dengan air lawar & sambal belacan.
Syoknya!
Sis dan suami menginap dekat sana. Ya, dekat sana ada penginapan. Bilik dengan aircond, attached bathroom, ada TV (Astro), tilam extra, mini peti ais dan selesa.Chalet Castella Cafe @ Kg. Padang Stang, Gerik, Perak.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke laman Facebook Castella Cafe bagi membuat tempahan sebelum ke sana.
Alamat : Sungai Beruk, Kampung Padang Stang, Mukim Kerunai Gerik Perak. Kampong Gerik, Perak, Malaysia.
Facebook : Castella Cafe
Hubungi: 011-2050 3454
Sumber : Arena Zarifah